Semester 2 pengajian sarjana pendidikan guru akan melabuhkan tirainya pada 18 / 11 / 2011 . Hari ini paper last bagi final exam. Paper killer bagi aku iaitu bahasa arab. Hanya mendoakan yang terbaik setelah usaha yang dilaksanakan.
Pengakhiran semester ini berbeza dengan semester yang lepas kerana pergerakan aku terbatas.maka tidaklah dapat aku berjalan-jalan meraikan kemerdekaan 'abes exam' dengan melencong ke Alamanda , Mcd atau ke downtown. Paling aku kesali ialah tidak dapat pergi ke Pulau Pinang. Tiket flight yang dah beli awal dulu , burn begitu sahajalah nampak gayanya.melepas.
Mungkin malam ini sekadar mengemas baju dan alatan yang perlu untuk dibawa pulang ke rumah.Bila fikir nak kemas baju pun satu dugaan besar.Nak naik lebih kurang 30 anak tangga, bukan sesuatu yang mudah buat aku.Takot terjatuh dan patah kembali. Oh , itu yang aku risaukan.Kalau hujan dan guruh , maka terbatallah niat aku. Kini , aku dah takot kepada kilat dan guruh.Fobia. Aku takot terkena renjatan. Tak tahu kenapa jadi begitu.
Di sini aku ingin mengucapkan juga jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu aku bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kawan-kawan yang prihatin ini membuatkan aku terasa senang untuk bergerak tanpa ada rasa malu atau segan silu.Iya lah, aku berkaki empat. Pelik kan.Harapnya , semester hadapan aku boleh berjalan seperti biasa.Banyak destinasi yang mahu aku tuju.Moga aku cepat sembuh hendaknya.
No comments:
Post a Comment