Monday, November 28, 2011

emosi keanak-anakan

kadang-kadang bila emosi kita tak terkawal kita akan menganggu kehidupan orang lain. jadi , dalam setiap tindakan emosi perlu dikawal dan akal perlu diutamakan. jangan sekali perasaan dan emosi menguasai emosi kerana anda akan membuat dunia anda menjadi porak poranda memikirkan perkara yang bukan-bukan. perkara remeh anda akan rasakan ianya begitu sukar untuk diselesaikan sedangkan ia hanya sekelumit masalah yang tidak perlu dibesar-besarkan. semalam aku melakukan pekara yang memalukan diri sendiri. bertindak bagai anak kecil yang mahukan perhatian . akhirnya orang lain yang merasa bahana emosi keanak-anakan aku. aku bangkit dari tido. ketawa dan gelak gembira. apalah aku ini. menjadikan emosi pengawal diri. tewas.

No comments: