Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha

Hari Raya tiba lagi.Alhamdulillah berkesempatan untuk solat sunat hari raya dan mendengar khutbah. Raya Aidilfitri tak berkesempatan nak ke masjid.Beraya di wad sahaja. Dapat jua mendengar takbir raya. Maka apa yang menarik untuk saya sharekan hari ini ialah dialog haiwan di pagi raya:)

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri! 
Lembu : Kenapa kau kata macam tu? 
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku! 
Lembu : Hah! Buat apa pulak? 
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak! 
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja! 
Ayam : ?? Maksud kau? 
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari  manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernahpanggil aku MAK! 
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)



Ayam dan lembu punya dialog..dialog lembu dan lembu di pagi raya apa pulak? Nak tau ?Kene g masjid lah ..dengar lembu mengemmmboooo...boooooo!!.booooo!!booooo!! ( dia panggil ibu dia tuh, takot nak kene korban..may b la kot..aku pun bukannyer paham sangat apa dia ckp.haha)

No comments: