Monday, August 22, 2011

Keluarga 'Penipu'??

A man buys a lie detector robot that slaps people who lie. he decided to test it at dinner:

Dad: Son where were you today during school hours?
Son: At school (robot slaps son)

...Son: Okay I went to the movies!
Dad: Which one?
Son: Harry Potter (robot slaps again!)

Son: Okay I was watching porn.
Dad: What? When I was your age I didn't even know what porn was! (robot slaps dad)
Mom: Hahahahaha! after all he is your son!(robot slaps mom).



Juz sharing the dialogue got from friends facebook. Do not have much time to update with personal life ( like  someone want to read :P  )because busy with assgnment before Raya holidays.

Friday, August 19, 2011

Ragam Ramadhan

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jwb soalan hamba.
Pak Belalang: Silakn Nujum Masai.
Nujum Masai: Apkah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang: Itu senang saja. Jawabnya Terawih!
Nujum Masai: Jelaskan.
Pak Belalang: "1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu ke-2 sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ke-3 kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarang2" pd minggu ke-4 jarang2 jumpa org dtg terawih..
Nujum Masai: *O*

Thursday, August 18, 2011

''Bonus'' untuk kakitangan kerajaan dan swasta

''Alhamdulillah, 20 haribulan di jangka bonus masuk, tapi tak sure sebab kata pihak terbabit, mungkin lewat sikit, dalam 23 haribulan, tapi dari perbualan dengan pihak terbabit satu lagi, aku rasa bonus macam masuk pada 27 haribulan. Dan berita terkini, bonus ini bukan untuk kakitangan kerajaan dan orang pencen sahaja, semua dapat, paling lewat pun pada 29 haribulan, bunus lebih dari dua bulan, iaitu bonus 1000 bulan, beribadat di malam lailatul qadar, cakap untuk diri sendiri.Peace. =)''


Ni status yang aku baca dekat facebook.Mula-mula baca dah excited sangat-sangat.ingatkan dapat bonus .nak raya lah katakan.Baju raya , kueh raya, langsir raya, cincin raya semua tak beli lagi.Rupa-rupanya 'lailatul qadar ' .Kene muhasabah diri balik ni sebab fikir tentang bonus dunia sahaja.


Tuesday, August 16, 2011

Dialog Kucing

Ini adalah dialog kucing dalam bahasa manusia.Jika ditaip dalam bahasa kucing dikhuatiri tiada siapa yang dapat memahaminya melainkan kucing-kucing yang tahu membaca tulisan manusia terutama bahasa melayu.Kucing-kucing tersebut juga mestilah mereka yang celik IT.Berikut merupakan dialog dua ekor kucing yang sempat saya rakamkan :

Kucing Jantan : Kita berpisah mulai saat ini !
Kucing Betina : Apa?Kenapa?
Kucing Jantan : Sebab awak tak  feminin.
Kucing Betina : Apa maksud abg?
Kucing Jantan : Perempuan mana ada misai.!!Eeeii..geli saya.
Kucing Betina : ........=.='

Monday, August 15, 2011

Ibu , Anak Dan Ayah

Pada suatu hari , ibu memanggil anak kecilnya yang berumur 5 tahun ke dapur.berikut perbualan ibu dan anak di dapur.

ibu : Aiman, boleh tolong ibu tak Aiman?
anak : boleh bu.Nak aiman toyong  pe?
ibu : tolong mintak kat ayah serai 4 batang kat kebun tu.
anak : oyait bu.

Apabila tiba di kebun.

anak : ayah, ibu kat dapo tadi mintak ni...
ayah : ibu mintak ape aiman?
anak : bu nak mintak cerai 4 kali laaa
ayah : Ya allah .Ibu mintak cerai?.........

Sunday, August 14, 2011

Dialog Suami Isteri

Entri ringkas untuk kali ini iaitu dialog antara suami dan isteri :


Wife : Do you love me ?
Husband : Of course, i do.. :) ♥
Wife: emmm.. can i ask why?
Husband : bcoz ABCDEFGHIJK... :)))♥
Wife : ? Husband : bcoz u are Adorable , Beuty , Cute , Delightful, Elegance, Fun , Gorgeous, Honest ...
Wife: *smile*... emmm,but what is I,J, & k??
Husband : Im Juz Kidding ... hehe
Wife : .........

Thursday, August 11, 2011

Perihal 'SMS' Cinta

Semalam sempat ber’sms’ dengan kawan yang  selalu menemani diri waktu susah dan senang. Dalam mesej-mesej itu aku sempat bertanyakan soal cinta. Aku bertanya padanya :
Aku      :  Cinta tu apa ye awak?
Kawan  : Cinta itu tak dapat nak digambarkan.Ianya pelik. Cinta membuatkan diri yang sedang membenci seseorang menjadi suka.Dari marah menjadi tenang. Cinta membuatkan kita  rasakan bahawa kita hanya untuk dia, dia hanya untuk kita. Bersamanya bahagia.Bersamanya setiap detik berharga. Itu cinta yang dapat saya ungkapkan umumnya.
Aku     :   Jadi ,selama ini banyak orang yang hanya tertarik dan suka pada perempuan dan bukannya cinta ( aku berfokus pada lelaki ) . Betul tak?
Kawan  :  Ye, itu sebab ramai yang tak kekal dalam hubungan kerana ianya tidak diikat dengan cara yang sah ( nikah ) . Bila betul-betul mencintai ia akan dizahirkan dengan cara yang baik.Yang mencintai akan menjaga pasangannya dengan baik. Tidak mengambil kesempatan atasnya.Menjaga hak-haknya dan memikirkan hubungan yang dijalinkan akan hanya mendapat berkat apabila ia berlandaskan syarak.
Aku     : Jadi, apa tanda utama bila kita dah betul-betul cinta pada seseorang?
Kawan   :  Penilaian tentang cinta hanya boleh dibuat oleh diri sendiri.Kena Tanya diri sama ada kita betul-betul mencintai si dia atau hanya sekadar suka atau selesa dengannya.Cinta tak pernah sama sekali sama dengan sayang atau suka atau ape-ape yang lain.
Aku  : aish. Susah lah begitu.
Kawan  : Tak susah lah sebenarnya. Ikhlaskan diri. Tanya pada diri dengan muhasabah diri. Nak tahu cinta manusia yang sebenarkan?Cuba lihat cinta Nabi Muhammad s.a.w kepada Khadijah.Even Khadijah tiada, cinta nabi Muhammad itu pada khadijah kekal walaupun ada pengganti.Kan?
Aku    : aah. – mesej tentang cinta berhenti disini pabila kawanku menukar topik tentang kehidupan seharian-

-Aku terbaring memandang siling. Memikirkan berapa ramai manusia kini yang saling menyintai tetapi tidak diikat dengan cara yang dianjurkan syarak. Mungkin halangan keluarga dan kekurangan wang . Itu punca dan sebab cinta tak dizahirkan dengan tali pernikahan .Hanya ini dapat  aku konklusikan buat masa ini. Adat masih kuat dalam masyarakat masa ini. Namun , pada satu ketika aku sedih apabila cinta dilampiaskan dengan nafsu. Mangsanya perempuan. Aku tidak tahu sampai bila budaya dan gaya’ percintaan sementara’ yang boleh diistilahkan sebagai ‘kapel’ akan dipandang biasa dan normal oleh masyarakat.

Wahai Tuhan Pemilik Cinta ,
Berikanlah kami kecintaan manusia yang tidak melebihi cintaMu.
Teguhkan cinta agama kami ,
Teguhkan cinta kepada ibu bapa kami.
Selamatkan cinta kami pada pasangan kami
Dengan iman , takwa dan ilmu yang dianugerahi.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, August 8, 2011

Pengaruh Kl Gangster.

''KL Gangster''.Sapa yang tak tengok muvi ni memang rugi lah aku rasa sebabnya ia antara produk muvi Malaysia yang baik dan best aku rasa ( walaupun aku bukan juri pertandingan filem atau seni , tapi ia memang filem yang baik kan? ) . Sebenarnya filem ni dah lama sangat ditayangkan kat pawagam dan aku sendiri pun dah lama tengok .Filem arahan Syamsul Yusof ni memang mendapat tempat di hati rakyat malaysia rasanya. Buktinya ialah ini, ini dan ini .Ia menjadi ikutan dan idea untuk vlog dan parody.. ..layan...

 Walayeh , kecik-kecik lagi dah pandai buat video .Pandai berlakon dan editing pulak tu. so , hebat tak pengaruh Kl gangster ni??

Video yang ni oleh Amanwan..pergh..superb..memang terrrbaaeeeekkk...kyopropaganda punya video pun best jugak( ada kat entri ini kretiviti remaja kita ) ..Yang pasti , aku tergelak nak pecah perot tgk video yang aman wan buat..nak kenal aman wan dengan lebih dekat , korang sume boleh pegi kat blog beliau.....amanwan...yeah ..itu dia blogger merangkap penulis blog + pelakon lelaki terbaik ...majulah vlog dan filem untuk negara.


Kasut Baru Untuk Kekasih Ku..

Ini ialah perbualan antara aku dan kekasih hati :

Kekasih Hati    :  Abg ,i rasa tak selesa lah .
KhesahChenta  :  Lah, napa ni yunk?
Kekasih Hati   :  Ni ha , i jalan-jalan dan i rasa sakit-sakit.
KhesahChenta  :  Hmm....u ada jalan atas kaca or batu kasar ke?
Kekasih Hati   :  Tak der pun.. u ni..menci aw. I pandai la jaga diri i tapi tah nape ni tetibe je sakit-sakit.      Tengok ni ha,  macam ada terguris ha..dah tak cantik kaki i..huhu..
KhesahChenta  : Sori-sori cyunk. Nak i dukungkan??
Kekasih Hati   : Eleh , macam la u larat nak dukung i. i ni berat lah..kesian u nak angkat i yang berat ni.
KhesahChenta  :  Tak ape yunk. Demi u i sanggop pikul u..
Kekasih Hati   : U ni..tak memahami i btol..kan kita dah lama bersama. Benci..benci..benci.
KhesahChenta  : Ok2..i beli kan u kasut baru .jom..
Kekasih Hati   : Yunk, kita kat mana ni...u bawa i ke mana ni?
KhesahChenta  : Lah , i bawa u pegi beli kasut baru la.
Kekasih Hati    : Tapi , ni kita kat kedai tayar kereta...
KhesahChenta  : Lah , dah memang u kereta ..mesti la kasut u tayar kan..i dah layan u macam kekasih u lupa        
                           pulak yang u ni kereta kan..haha...
Kekasih Hati   : Isk2..lupa pulak yang i ni kete...tq yunk..(^_<)

Hadiah spesial tuk kekasih hati. " Kasut  Baru "..

Friday, August 5, 2011

Ini Kreativiti Remaja Kita.

Sapa kata orang Malaysia tak maju. Siapa kata kita tak sehebat dengan rakyat negara-negara lain. Cuba anda lihat dalam pelbagai aspek kemajuan. Orang Malaysia tak ketinggalan ye.Semua maju dalam dunia masing-masing.Cuma nak nampak atau tak nampak aje atau buat-buat tak nampak je.Dinosor depan mata tak nampak tapi anak kuman sebatu dari rumah kita boleh nampak.Itulah kita yang selalu aje nampak orang bangsa lain bagus tapi bangsa kita tak bagus. Yang nmpaknya , orang Malaysia ni bla..bla..bla..., orang Malaysia ni...orang Malaysia tu..semua nampak yang tak baik aje.

Tapi sebenarnya orang Malaysia tak macam itu.Hakikatnya kita semua hebat.Ramai je rakyat Malaysia terutama golongan remaja yang melanjutkan pelajaran ke menara gading ( yang pegi cari gading pun ada jugak ) . Sama ada dalam negara atau lua negara. Berjaya belaka semuanya.

So , sebenarnya kat atas tu intro aje..sebenar nak gtau yang remaja Malaysia kreatif..Kreatif dalm apa ?Ha, itu dia kita nk bincang dan bagitahu kat sini. Orang Malaysia kreatif dalam dunia perfileman. Tak percaya .Jom layan Vlogger terkenal matluthfi90 dan kyopropaganda.

video
video
 Jadi , kreatif tak mereka?kreatif kan ..Nak tonton banyak lagi , sila ke Youtube dan taip lah nama mereka.Pasti jumpa..Aku suggestkan jugak untuk tonton Anwar Hadi , Aiman Azlan , ShahrinCool dan Polkadot Doughnut. Suka atau tak suka , bergantung pada minat masing-masing..Yang penting  anda hepi dan gelak sampai nak pecah perut bila tengok..dan jangan dilupakan setiap video yang dihasilkan punya mesej masing-masing.So.hayati (^_<)

Thursday, August 4, 2011

Pensil Versus Kamera






Kata orang jauh perjalanan luas permandangan.Jadi , bagi orang macam aku yang tak sempat nak pegi jalan-jalan seluruh dunia, BLOGWALKING pun kira berjalan la jugak.Jalan punya jalan, jumpa pulak gambar-gambar yang unik dan menarik bagi aku.Dengan sukanya , aku nak kongsi dengan kawan-kawan .Hope all of you like them. 

Lukisan-lukisan di atas dihasilkn oleh Bein Hein.Beliau merupakan kelahiran Belgium.Terlibat dengan dunia seni seawal usia 10 tahun..Menarikkan hasil seni beliau yang menggabungkan lukisan tangan dan kamera.:)

Wednesday, August 3, 2011

2 hari 1 malam di Johor

selesai makan kenduri kahwin abg kepada classmate

bergambar bersama Raja Sehari

Di tepi pantai Desaru

Tukar tayar time

menu makan malam

midnight di tepi pantai

photographer termenung jauh

rehat di bandar Tangkak

pencarian kain batik. 1 Malaysia??

Bandar Tangkak

rehat lagi..

bergambar bersama ahli kelas

perjalanan pulang

traffic jem...oh!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan ini pasti berbeza

Aku harus pastikan Ramadhan kali ini berbeza dari sebelumnya. Usia 20 tahun sepatutnya telah membolehkan aku menjadi seseorang dalam agama.Ramadhan ini perlu ku manfaatkan sepenuhnya .Tiada lagi kelalaian, Tiada lagi kemaksiatan yang terlaksana dalam sedar. Harap diri ini mampu untuk menjadikan Ramadhan kali ini berbeza dari sebelumnya.