Thursday, August 11, 2011

Perihal 'SMS' Cinta

Semalam sempat ber’sms’ dengan kawan yang  selalu menemani diri waktu susah dan senang. Dalam mesej-mesej itu aku sempat bertanyakan soal cinta. Aku bertanya padanya :
Aku      :  Cinta tu apa ye awak?
Kawan  : Cinta itu tak dapat nak digambarkan.Ianya pelik. Cinta membuatkan diri yang sedang membenci seseorang menjadi suka.Dari marah menjadi tenang. Cinta membuatkan kita  rasakan bahawa kita hanya untuk dia, dia hanya untuk kita. Bersamanya bahagia.Bersamanya setiap detik berharga. Itu cinta yang dapat saya ungkapkan umumnya.
Aku     :   Jadi ,selama ini banyak orang yang hanya tertarik dan suka pada perempuan dan bukannya cinta ( aku berfokus pada lelaki ) . Betul tak?
Kawan  :  Ye, itu sebab ramai yang tak kekal dalam hubungan kerana ianya tidak diikat dengan cara yang sah ( nikah ) . Bila betul-betul mencintai ia akan dizahirkan dengan cara yang baik.Yang mencintai akan menjaga pasangannya dengan baik. Tidak mengambil kesempatan atasnya.Menjaga hak-haknya dan memikirkan hubungan yang dijalinkan akan hanya mendapat berkat apabila ia berlandaskan syarak.
Aku     : Jadi, apa tanda utama bila kita dah betul-betul cinta pada seseorang?
Kawan   :  Penilaian tentang cinta hanya boleh dibuat oleh diri sendiri.Kena Tanya diri sama ada kita betul-betul mencintai si dia atau hanya sekadar suka atau selesa dengannya.Cinta tak pernah sama sekali sama dengan sayang atau suka atau ape-ape yang lain.
Aku  : aish. Susah lah begitu.
Kawan  : Tak susah lah sebenarnya. Ikhlaskan diri. Tanya pada diri dengan muhasabah diri. Nak tahu cinta manusia yang sebenarkan?Cuba lihat cinta Nabi Muhammad s.a.w kepada Khadijah.Even Khadijah tiada, cinta nabi Muhammad itu pada khadijah kekal walaupun ada pengganti.Kan?
Aku    : aah. – mesej tentang cinta berhenti disini pabila kawanku menukar topik tentang kehidupan seharian-

-Aku terbaring memandang siling. Memikirkan berapa ramai manusia kini yang saling menyintai tetapi tidak diikat dengan cara yang dianjurkan syarak. Mungkin halangan keluarga dan kekurangan wang . Itu punca dan sebab cinta tak dizahirkan dengan tali pernikahan .Hanya ini dapat  aku konklusikan buat masa ini. Adat masih kuat dalam masyarakat masa ini. Namun , pada satu ketika aku sedih apabila cinta dilampiaskan dengan nafsu. Mangsanya perempuan. Aku tidak tahu sampai bila budaya dan gaya’ percintaan sementara’ yang boleh diistilahkan sebagai ‘kapel’ akan dipandang biasa dan normal oleh masyarakat.

Wahai Tuhan Pemilik Cinta ,
Berikanlah kami kecintaan manusia yang tidak melebihi cintaMu.
Teguhkan cinta agama kami ,
Teguhkan cinta kepada ibu bapa kami.
Selamatkan cinta kami pada pasangan kami
Dengan iman , takwa dan ilmu yang dianugerahi.
Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comment:

Asy Faro said...

datang melawat sini~
very nice joke!=) mmbuatku tersenyum d pg hari, hehe

senang2 lawat blog saye ea, minat MARVEL x? cekidaut :

http://asyfaro.blogspot.com/