Friday, August 5, 2011

Ini Kreativiti Remaja Kita.

Sapa kata orang Malaysia tak maju. Siapa kata kita tak sehebat dengan rakyat negara-negara lain. Cuba anda lihat dalam pelbagai aspek kemajuan. Orang Malaysia tak ketinggalan ye.Semua maju dalam dunia masing-masing.Cuma nak nampak atau tak nampak aje atau buat-buat tak nampak je.Dinosor depan mata tak nampak tapi anak kuman sebatu dari rumah kita boleh nampak.Itulah kita yang selalu aje nampak orang bangsa lain bagus tapi bangsa kita tak bagus. Yang nmpaknya , orang Malaysia ni bla..bla..bla..., orang Malaysia ni...orang Malaysia tu..semua nampak yang tak baik aje.

Tapi sebenarnya orang Malaysia tak macam itu.Hakikatnya kita semua hebat.Ramai je rakyat Malaysia terutama golongan remaja yang melanjutkan pelajaran ke menara gading ( yang pegi cari gading pun ada jugak ) . Sama ada dalam negara atau lua negara. Berjaya belaka semuanya.

So , sebenarnya kat atas tu intro aje..sebenar nak gtau yang remaja Malaysia kreatif..Kreatif dalm apa ?Ha, itu dia kita nk bincang dan bagitahu kat sini. Orang Malaysia kreatif dalam dunia perfileman. Tak percaya .Jom layan Vlogger terkenal matluthfi90 dan kyopropaganda.

 Jadi , kreatif tak mereka?kreatif kan ..Nak tonton banyak lagi , sila ke Youtube dan taip lah nama mereka.Pasti jumpa..Aku suggestkan jugak untuk tonton Anwar Hadi , Aiman Azlan , ShahrinCool dan Polkadot Doughnut. Suka atau tak suka , bergantung pada minat masing-masing..Yang penting  anda hepi dan gelak sampai nak pecah perut bila tengok..dan jangan dilupakan setiap video yang dihasilkan punya mesej masing-masing.So.hayati (^_<)

No comments: