Pernah
suatu ketika kes kematian di sebuah sekolah ‘agama’ menjadi isu hangat media
massa. Ada akhbar menyatakan bahawa institusi pendidikan agama di Malaysia
tidak lagi sehebat dahulu.Kian jatuh nilai akhlaknya.Itu konklusi umum yang
dibuat dari satu kes terpencil yang berlaku di sekolah ‘agama’ tapi mendapat
liputan yang menyeluruh dan mendapat kecaman oleh banyak pihak.
Aku . Bekas
budak sekolah agama. Sudah biasa dengan hal sebegini.Lepasan agama akan dipandang serong oleh segelintir
manusia .Kolot , jumud dan minda tertutup.Itu gelaran utama.Tidak boleh ada
satu silap walaupun sekecil lubang cacing. Kecaman , penghinaan dan kutukan
akan diterima. Mana silapnya?
Aku lihat
dahulu , institusi-institusi pendidikan yang tiada title ‘agama’ banyak
aje berlaku kes keruntuhan akhlak , kejatuhan moral , perlakuan sumbang , kes
bunuh dan kes yang dilarang agama. Tapi kenapa tiada yang mengambil
endah?Kenapa dibiarkan? Adakah disebabkan mereka bukan orang agama?Mereka juga
orang Islam bukan?
Budak agama hanya berguna sebagai imam tatkala solat jemaah. Bacaan doa dan bacaan tahlil serta yasin dalam majlis kematian . Lain? Tiada. Akan dicemuh , disisihkan dan dibiarkan. Sampai ada mereka yang pernah belajar di sekolah agama akan malu untuk menyatakan bahawa mereka pernah belajar di sekolah agama. Takot mungkin juga. Namun ada yang memilih untuk tidak mengaku kerana ingin bebas seperti insan-insan lain.'Mahu lari dari kehidupan beragama Islam dan nilai ketimuran'. Itu yang dapat aku katakan.
Itulah
kejahilan masa kini. Agama hanya untuk mereka yang belajar kos agama. Selain
daripada mereka ini , mereka hanya insan biasa. Faham mereka tidak perlu ‘sibuk-sibuk’ faham tentang agama kerana mereka bukan dalam
aliran agama. Kian jahil. Buntu aku memikirkan apakah silapnya sistem
pendidikan negara. Salah gurukah?Salah kurikulumkah?
Kesannya
cukup besar.Lihat saja sekeliling kita.Berlaku dimana-mana sahaja.Tiada batasan
tiada penghujung tiada sekatan. Bebas
sebebasnya. Kehidupan hanya didunia.Akhirat semacam tiada. Jadi hamba nafsu .Hiburan
makanan utama.Hedonisme.Ideologi barat yang berjaya mendapat tempat dihati ribuan
malah jutaan manusia masa kini. Trend , style, fashion. Kegilaan semua. Dipuja
barat tanpa sedar.Barat itu sinonim dengan nilai-nilai murni yang kian pudar
dan pupus.Tapi sedarkah kita?
Aku tak
tahu sumbangan dan peranan apa yang aku dapat mainkan saat ini selaku bekas dan
individu yang belajar tentang agama. Kefahaman dan kesedaran itu yang perlu
ada. Siapa pun kita , tanggungjawab mempelajari ilmu agama adalah wajib.Tiada
pengecualian . Bukan aku tak berusaha memperbaiki suasana dan mengajak kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran, Cuma aku rasakan ianya tidak cukup untuk
menangani masalah umat Islam yang berlaku masa kini. Aku sudah letih mengeluh
dan melihat umat Islam terutama remaja Islam masa kini. Makin hari makin hilang Islamnya dicarik oleh kejahilan dan
modenisasi.
Allah ,
tunjukkan kami jalan keluar dari kemelut ini.
# aku tak akan pernah malu mengaku yang aku ini bekas pelajar sekolah agama walau seteruk mana aku ini sebab di situlah kesedaran dan nilai-nilai Islam ditanam dalam diri aku.
No comments:
Post a Comment