Masa
berlalu tapi aku masih juga begini. Bertongkat dua , lutut masih sakit-sakit ,
kadang-kadang rasa ada bende gigit di jahitan peha, lutut tak boleh nak ‘bend’ sampai habis ,
terlompat-lompat dan yang lebih sadis lagi aku tak boleh nak solat berdiri macam
biasa. Mampu duduk sahaja.Itu pun bila bangun aku akan rasa sakit kat lutut.Sudah
3 bulan lebih aku jalani kehidupan begini. Pergerakan terbatas. Tiada lagi
shopping complex, hanging out with friends, lepak kat ‘petronas’ untuk jumpa
kawan-kawan bekas sekerja dan tiada lagi membantu kerja-kerja rumah ibu yang
utama.Sekadar duduk di rumah ‘goyang kaki’.Special case .
Apa nak
buat. 26/8/2011. Jadi detik bersejarah buat aku. Kemalangan kereta iswara
aeroback.KAu tak tahu macam mana boleh kemalangan.dengan apa aku langgar.
Semuanya hanya diketahui selepas ibu dan adik beradik yang cerita. Aku hanya
ingat peristiwa 15 km sebelum aku kemalangan.Siapa yang memandu sepanjg
kilometer itu?itu persoalan yang menghantui aku.Kenapa aku tak kemalangan lebih
awal dari itu?Aku terlelap?Entah.Total lost kereta itu.Sayang. Baru sempat aku
drive dua bulan lebih. Paling jauh jalan pun ke Johor.Kesan yang aku tanggung
sekarang ialah ‘femur fracture = patah tulang peha’ .Menurut doktor yang rawat
aku memang ambil masa yang lama untuk sembuh sebab ia tulang utama. Kesan
jangka tua semestinya ada. Mungkin dah tua nanti akan rasa sengal-sengal. Kesan
masa pendek , aku tak dibenarkan bersukan , buat aktiviti lasak. 6 bulan untuk
tulang sembuh tapi nak bagi kuat seperti biasa doktor kata serah pada masa. Mana
tak nya , tulang yang selama ini tumbuh sihat tiba-tiba patah. Oh , aku jadi
manusia besi . Ada ‘plating’ di tulang peha kaki kananku.Kekal. Bawa sampai
mati.Kini , aku fobia dengan kilat lebih-lebih lagi bila berada di luar rumah.
Rasa tak selamat. Takut kene renjatan.Orang katalah tapi aku tak pernah rasa
lagi namun cukup untuk buat aku rasa fobia.
Nak buat
apa sekarang?makan minum tidur lah.Baca buku bila rajin.Buat Sudoku bila rasa
kekosongan dan kehilangan.Buat aku fokus pada nombor.Pada orangnya juga .Bagi
aku , semuanya nampak berubah. Orang boleh gembira-gembira tapi aku hanya mampu
melihat. Kadang-kadang lebih suka menyendiri.malu mungkin . tak mahu
menyusahkan orang juga. Apa yang aku alami ini kecil dan sikit sangat nak
banding dengan orang yang lumpuh , kehilangan kaki , atau koma. Tapi ia beri
aku pengajaran. Ia bawa aku lebih dekat pada Pemilik aku. Hanya mampu berserah
dan berdoa agar aku segera sembuh seperti biasa. Mungkin tak akan kembali pada
asalnya tapi bersyukur kerana aku masih ada lagi kaki.
#kerap aku
imbas kembali saat aku tersepit dalam kereta.dengan kaki yang patah dan
kesakitan yang maksima penah aku rasa.itu sejarah dan pengalaman buat diriku.
#teringat
jua suara dan wajah kerisauan ibu tatkala aku terbaring lemah di wad separa
kritikal.kulit lutut yang koyak sepanjang 6cm dan darah yang mengalir keluar
bila kapas diangkat.rasa perit ditekan doktor untuk melihat luka koyak
lutu.akuinagt semua itu.
#kullit
koyak di bahgian atas mata.parut kekal kini.Yakuza mungkin.
#sakit bila
diangkat dari satu katil ke katil yang lain.tulang yang patah.rasa bergesel.rasa
semcam.
#dua kali
masuk bilik bedah.dua kali bius separuh badan. Cepat aku terlena dalam bilik
bedah.tak tahu kenapa. Tapi bunyi mesin yang menebuk besi untuk dimasukkan di
betis aku ingat.macam di bengkel pula.merasa pakai alat bantuan
pernafasan.sejuk.sejuk yang amat bila keluar bilik bedah.menggigil.dua kali aku
rasa sebegitu.
#kesan bius
buat aku riso.tiada kawalan organ perkumuhan.lemah dan sakit mula terasa.aku
tak boleh nak buang air kecil macam orang normal.doktor yang selesaikan .tiub
salur kencing jalan penyelesaian.
#berhati-hati
di jalan raya,ingatlah orang tersayang.malang tak berbau.
24 comments:
Salam bro..sekarang keadaan camne?? Baru2 nie sy pon patah tulang peha..smpi skrg belum boleh buang tongkat dan jalan dengan betol..kalu bro ade ape2 tips nak kasi..kaki smpi skg xley lipat..hmmm
Klu bleh share lh keadaan skrg...sy pn br accident patah peha kiri dan tempurung lutut pecah....masuk 2 besi jgk dan 2 skru....dh hmpir 2 bulan...masih xbleh bengkok...
setiap apa yg dia alami sebiji macam yang saya telah alami, juga patah tulang femur kanan dan besi kekal dalam kaki. cuma berbeza setiap detik saya dalam keadaan sedar. setiap kesakitan kekal dalam ingatan sampai bila bila. hanya allah yg tahu kesakitan itu bila dari ambulans nak ke katil xray dan katil wad. kencing dalam saluran paip dan kekejangan bila pertama kali besi dimasukkn
Saya pun baru nk masuk 4 bulan, patah femur n open fracture sebelah lutut. Plating and screw. Boleh bengkok masuk bulan ke 3. Memang kena rajin mainkan otot2 peha macam mengeliat, tapak kaki naikkn maksimum dan kejangkan betis. Semua ni membantu kekuatan kaki dan lutut. Tapi pastikan dapat nasihat dari doktor orto awak laaa... tapi tangan kiri saya patah kat pegelangan, doktor cakap tebu. Wire ngn eriel. Tulang timbul dan boleh gerak2 pulak sekarang. Sakitnye aduh. Dh tanye doktor2 yg incharge, dyrg ckp "maaf, tak dapat buat 100% macam original". Takpe dokter, saya faham...
Makan ubt sokongan luar glucosamine utk sendi baru lutut boleh bengkok.sya 2thn makan baru ok..
Ms sy taip ni sy tlantar kat katil hospital tggu ms untuk operation masuk besi. Patah tulang peha kiri. Macamana ya rs selepas besi dah ad dlm kaki ni? Sakit tak? Sebab sekarang mmg sakit giler2
Saya patah paha awal puasa. Masuk besi juga. 12 cm dengan skru. Tak rasa sakit dah bila besi dlm tulang cuma takleh luruskan kaki lagi. Boleh berjalan pakai frame walker. Cuma nak buang air ngan mandi kena bantuan letak kaki atas kerusi. Dr kata 3 ke 4 bulan jugak lah. Saya mkn shaklee utk kuatkan tulang. Saya makan lain tak pantang ..hentam je hehe. Ujian Allah. Kena redha lah.
Yer..saya pon buat fisio mcm tu jelah dulu...kejangkan betis..naikkan tapak kaki..pastu tekan lutut ke bantal slow2. Open fracture lagi teruk kan ..saya close fracture
Patah paha jugak ke?
Saya pernah patah peha kiri dan dimasukkan besi pada tahun 2010., kesan kemalangan tu.., saya rasa berjalan nampak senget, jika berjalan biasa tak perasan, tapi jika berjalan menghadap cermin, baru perasan jalan dah senget. kini apabila semakin berusia, tidur kaki nak kene bengkok sikit, takut jam di kepala lutut, kalau tertidur kaki lurus, mesti tersadar kepala lutut macam sangkut tak boleh bengkok, kadang kepala lutut juga berbunyi. selalu rasa sejuk pada badan, mungkin besi dalam badan. badan tak boleh lasak, sebab ingat pesan fisio, jika lasak, nanti umur 50 tahun nanti sakit jika tak jaga betul2
Saya pun baru leps accident 2 bln lpas..patah pergelangan tgn kiri kanan..tlg rusuk kiri n tulang paha..xslh mak ckp dari lutut smpi tlg punggung sbb pth 2..12 jam dlm bilik bedah full bius..sakitnya Allah yg tau..fobia btul klu nk gerak pun..skng terbaring jer atas ktil
Salamm mcm mne keadaan awak yaa. Mungkin kah akan ade kesan bilaa dimasa tua nanti?? Maaf klau sy bertanyaa..
Assalamualaikum saya pulak tulang betis remuk dan lutut jadi naik ke peha...terfikir juga bila la aku ni nak boleh jalan dan nak jaga anak2 mcm dlu
Lepas masuk besi dah tak rasa sakit, masa patah tu memang sakit amat2
Nak tanya, besi awak tu kekal ke?? Tak operate balik untuk keluarkan besi tu balik kan??
Nak tanya, besi awak tu kekal ke?? Tak operate balik untuk keluarkan besi tu balik kan??
Nak tanya, besi awak tu kekal ke?? Tak operate balik untuk keluarkan besi tu balik kan??
Nak tanya, besi awak tu kekal ke?? Tak operate balik untuk keluarkan besi tu balik kan??
Nak tanya, besi awak tu kekal ke?? Tak operate balik untuk keluarkan besi tu balik kan??
boleh je kalau nk bwk klua kna buat appointment dgn doctor duli
Sama kes macm saya. Tmpurung ada 7 skru peha patah. Sakit
Saya baru 9 hari operation masuk besi tulang peha kanan sbb patah melintang akibat terjatuh longkang separas bahu. Saya pun tak faham bila masa sesuai untuk bengkokkan kaki. Lepas dua hari bedah, nurse dah suruh aku naik wheelchair utk tukar katil. Doktor pun x da bagitau bila masa sesuai. Diowg cuma cakap latih sikit² kaki guna tongkat. Alu ni risau jika plat teralih. Nauzubillah. Now aku cuba letak kaki rasakan lantai namun jangan bebankan kaki. Just rasakan lantai saahaja. Alhamdulillah bengkak semakin surut dan luka pun kering. 17hb 4 ni pergi klinik buka jahitan. 11hb 5 pulak pergi hospital tun Aminah Jb utk cek semula. Cuma sekarang aku hairan kemaluan aku masih ada rasa kebas 50%. Hope dia okla seminggu dua ni. Risau gak kalau dia tak ada rasa apa. Semoga peha aku dan kaki aku pulih spt sediakala. Aamiin
Dah boleh jlan ka
Post a Comment