saat derita ku lalui
kau hadir di sisi
pengubat derita
merawat luka
kau ilhamkan bahagia
aku lena dan lupa
bahawa diri ini sedang derita.
saat ku keseorangan
merasakan dunia kian di penghujung
kau hadir buat diriku
memberi semangat
kau pasakkan keyakinan
kau pagari diriku dengan iman
kau sinariku dengan cahaya iman
jelas
kini aku tidak bersendirian
saat masa berlalu tanpa arah tuju
tika aku mengira-ngira
bila aku akan kembali seperti dahulu
derita ini tak lagi sanggup ku jalani sendiri
kau hadir memimpin diriku
dengan kasih ikhlas tulus dari hati
memacu aku ke alam baru
bahagia dalam derita
gembira dalam sengsara.
-dituju khas kepada insan yang memberikan aku bahagia ini- awak-
4 comments:
owh tacing jap:-)
wow siapa la yg bertuah tu ye :)
siapa ye insan itu:)
terharu. tu the only word. thanks anyway. it's lovely ! :)
Post a Comment