Wednesday, October 26, 2011

Apa Remaja Mahu?

Kalau nak dikupas dan dibincangkan hal ini , semua orang dah tahu .Ada 5 perkara yang semua remaja punya persetujuan dalam alam remaja ini.Masing-masing sibuk memperjuangkan dan merealisasikan perkara-perkara ini iaitu :

1.kebebasan
2.fesyen
3.gadjet
4.makan
5.hiburan

Siapa yang tak setuju sila angkat tangan.jadi ,apa point aku sebenarnya?Point aku ialah tak salah nak kejar dunia.Nak jadi orang yang bebas , berfesyen atau miliki bermacam-macam gadjet tapi ia mestilah selari dengan syarak Islam.Kalau Barat dijadikan ikutan , maka runtuhlah peradaban dan nilai-nilai murni orang Melayu Islam. Malu aku lihat sana sini remaja mempamerkan susuk tubuh yang seksi. Bertudung tapi ..semua sedia maklum. yang lelaki pula bngga memakai sekadar 'short' ke sana sini.oh , ditayang bulu kaki di betis yang tak seberapa.kalau lebat pula..aduhai, geli nk dipandang..menutup aurat atau sekadar menutup kemaluan?hehe..aku boleh gelak aje sebab nak ditegur orang-orang sebegini kalau silap langkahnya kita yang dikatakan ketinggalan zaman , jumud dan seangkatan dengannya.

Bukan lah aku baik sangat. nak kata bagus jauh la sangat .Cuma aku nak tekankan dekat reader ( kalau ada lah ) blog aku ni bahawa dalam buat apa-apa perkara pun mesti bersandarkan kepada Islam. Jangan diikut nafsu , dunia dan peredaran masa. Binasa .Itu konklusi yang boleh aku buat. Ilmu tentang Islam kena ada di dada. Kalau setakat di IC 'Islam' tapi pengetahuan tentangnya tiada, rugilah kita. Sebab tujuan kehidupan kita  bukan sekadar di dunia tapi nun jauh disana..negeri AKHIRAT yang abadi..

No comments: