Wednesday, October 19, 2011

aku mengeluh lagi

iye,
kau nampak aku tersenyum..
aku bergelak malah yang paling ceria..
aku kuat menyakat ,
seperti kanak-kanak ria,
aku semacam tiada apa-apa kan??
aku sihat sejahtera.
kau analisa aku ,
bagai tulisan hitam,
atas pulpa putih..
kesimpulan mudah..
aku tiada apa-apa..

ini cara ku..
buat hilang 'rasa' ini..
hanya aku yang tahu..
kau mampu berkata..
kau hanya mampu berbicara..
tapi..
aku yang merasa..

senyuman,gelak tawa ,,
itu ubat buat semangat aku ini..
aku tak perlu 'medicine' ,
aku perlu semangat ..
menanti saat sihat seperti dahulu..

kau tahu..
aku 'letih' dan 'sengsara'
akn diri ini ..
bagai bukn diri yang dulu..
cuma aku bersyukur..
aku masih hidup dan punya 'tubuh' ini..

aku mahu cepat pulih..
aku mahu sujud..
aku mahu rukuk..
aku mahu dalam 'halaqah'
mendengar , menerima, dan beramal..
ayat suci Tuhan yang mulia..
sabdaan Nabi yang sejahtera..
penyejuk dan pembimbing 
ke arah .
jalan yang lurus..





1 comment:

nurmujahidah said...

Ujian yg menimpa diri kita tanda ALLAH sayangkan kita. ALLAH nak beri peluang kepada kita utk mendekatkan diri kepadaNYA yang maha berkuasa.. moga Uwais tabah menghadapi sume ujian nie.. jgn putus asa..kuatkan semangat...