Tuesday, February 1, 2011

Isu Mesir , Isu Kita !!


‘Revolusi Jasmin’ yang menyaksikan berjayanya rakyat menjatuhkan kerajaan Tunisia yang dipimpin  Presiden Zine El Abinine Ben Ali memperlihatkan kebangkitan umat Islam di Mesir terutama di Kaherah yang diterajui oleh para belia. Tujuan rusuhan dan demonstrasi yang diadakan adalah untuk menjatuhkan Presiden Mesir iaitu Hosni Mubarak agar beliau meletak jawatan.  Tindakan susulan yang diambil oleh Hosni Mubarak melantik Ketua Perisikan Mesir , Omar Suleiman sebagai Naib Presiden Mesir dilihat sebagai tindakan yang telah terlambat dalam mendapatkan kepercayaan rakyat Mesir. Hal ini kerana , rakyat Mesir sudah lama menghadapi kesusahan hidup seperti kekejaman polis, undang-undang , darurat , pengangguran , inflasi tinggi , ketiadaan kebebasan bersuara , rasuah yang berleluasa dan juga gaji pekerja yang rendah.

Sehingga saat ini , tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlangsung telah mengorbankan lebih 100 nyawa. Tiada tanda bahawa tunjuk perasaan ini akan reda walaupun pihak polis dan tentera telah diarah untuk mengawal tunjuk perasaan di kawasan yang terlibat. Mangsa keadaan ialah pelajar Malaysia dan orang awam .
Berani pemuda dan belia era ini.Tegakkan kebenaran walaupun menempuh jalan sukar.Pemerintah yang zalim perlu digulingkan agar tiada lagi penderitaan .Doa muslimin diharap agar keadilan kembali menyinar…

p/s : kali pertama nak ulas isu-isu dunia , tapi tak pandai.nak belajar walaupun terpaksa bertatih.(T_T)

No comments: