Wednesday, December 28, 2011

''Kisah Malam Jumaat''

( Soundtrack : bunyi angin malam + suara ngilaian perempuan yang tak ketahuan sumbernye )

Malam tu aku drive dari Kuala Pilah menuju ke rumah kat Rembau. Mula-mula beerempat.Kemudian bertiga , kemudian berdua dan akhir sekali aku seorang je dalam kereta. Semua penumpang aku hantar pulang ke rumah masing-masing. Then , aku drive sesorang. Bukan nak drive berdua plak kot.Takde lagi proton buat stering sampai dua.Kalau pedal brek ada la sampai dua itupun kat tempat belajar memandu kereta kan.

Tiba-tiba aku rasa sejuk semacam. Aku pandang langit.Gelap je. Matahari takder. Malam memang la takder matahari.Aiseh.Aku lupa. Bintang kelip-kelip kat aku.’Mungkin bagi petanda kat aku ni kot supaya berhati-hati’ Aku bermonolog sendirian.

Air cond kereta yang tadi aku buka kuat  aku off terus. Sejuk sampai berdiri bulu roma aku. Aku pandang kiri , aku pandang kanan. Badan aku pulak mengigil. Tak selesa dibuatnya. Posisi aku duduk mula rasa semacam. Aku ke kanan , aku ke kiri .Aish..Apahal pulak nih. Aku tahan.  Aku pandang cermin kot-kot ada kelainan kat seat belakang. Gelap.

Berkilometer aku drive. Kiri kanan cuma pokok. Suasana gelap gelita malam.Aku cuak. Lampu jalan tak nyala. Lampu kereta aku yang malam yang suloh jalan untuk aku memandu. Akhirnya aku nampak cahaya hijau. Samar-samar. Aku ‘speed’ kereta aku. Jelas. Cahaya ini , tempat ini. Hijau. Aku berhenti.

Cepat-cepat aku lari keluar dari kereta. Aku gegas berlari . ‘aahhhhh’ lega. Berjaya juga aku qada hajat sebelum melimpah keluar . Petronas memang berjasa!



Tuesday, December 27, 2011

Bisikan hati ..


Bukan aku tak memahami tapi aku mahu perhatian. Cuma sedikit. Sekelumit perhatian mungkin mampu melupakan ‘kekurangan’ yang aku lalui saat ini. Aku terbatas. Terperuk.Ye. Aku salahkan lagi kekurangan ini.Aku ungkit-ungkit lagi. Aku tak lemah. ICuma..adakah aku minta yang bukan-bukan ? Sampai perlu membuat kesimpulan tentang diriku . Perlukah aku menagih perhatian daripada dunia? Jadi siapa sebenarnya aku padamu atau siapa sebenarnya kau padaku jika ku tagih perhatian dan kasih dari semua ?

ku bisikkan pada dunia tentang kisah hati yang sedang melanda.

Sunday, December 25, 2011

Doa


Bila sudah sakit baru kita akan ingat Allah , apabila sudah tiada yang ingin membantu barulah kita mula mengadu dan memohon bantuan kepada Allah s.wt. Allah hanya wujud tatkala susah dan apabila kita kesempitan sahajakah? Ini realiti masa kini . Tak perlu dipertikaikan lagi kesahihannya. Lihat sahaja diri kita , lihat teman-teman kita , lihat orang sekeliling kita. Berapa banyak kali tangan ditadahkan , hati ditundukkan dan doa dititipkan bagi memohon sesuatu permintaan daripada Allah s.w.t ?

Seusai menunaikan solat terus bergegas ke tempat kerja atau berlari menyambung tuntutan dunia , ke mana perginya doa kita? Solat didirikan tetapi tiada doa yang dipohonkan. Sempurnakah kita? Nabi dan rasul yang bertaraf maksum jua berdoa dan memohon hajat kepada Allah tetapi kenapa tidak kita? Bagus sangatkah kita ini kerana tak perlu memohon pada Allah dan tak perlu merintih mengadu kelemahan yang dilalui. Itu bagi yang menunaikan kefarduan solat , yang tidak ? Bilakah saatnya doa dipanjatkan? Pernahkah berdoa? Pernah!! Tetapi tatkala telah tersungkur kekecewaan , setelah kegagalan dan apabila tiada jalan keluar yang dapat ditemui lagi . Bolehkah doa hamba yang ‘kaya maksiat’ , ‘firaun dunia’ , ‘ raja nafsu ‘ dimakbulkan doanya serta merta? Sedangkan doa Nabi Allah Musa dan Harun juga dimakbulkan setelah 40 tahun doa dipanjatkan tanpa putus asa dan dengan penuh pengharapan agar Firaun serta tenteranya yang ingakr kepada Allah  dibinasakan!

‘’60. dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.’’
Surah Mu’min 40 : 60

Firman Allah ini pasti telah lazim kita dengar namun sejauh manakah penghayatan kita terhadap janji Allah ini? Saja aku timbulkan persoalan demi persoalan dalam penulisan aku ini kerana ia muhasabah buat diriku ini juga dan aku ingin sekali kita semua sentiasa menghisab diri ini sebelum berlakunya Hari Penghisaban Agung.

Yang jarang-jarang berdoa pasti cepat putus asanya pabila doanya tidak dimakbulkan. Begitu juga yang rajin berdoa akan berhenti berdoa kerana doa yang dipanjatkan sekian lama tidak juga kunjung tiba. Putus asa. Bertepuk syaitan laknatullah apabila melihat putusnya pengharapan kita kepada Allah. Berjaya!
Ingat . Doa yang kita panjatkan bukan tidak dimakbulkan tetapi penerimaan doa kita menurut ketentuan Allah dan bukannya mengikut kehendak kita dan bukan pula pada waktu yang kita fikirkan. ‘ Kita merancang , Allah juga merancang , namun sebaik-baik perancangan ialah dari Allah s.w.t. ‘ Itu yang perlu ada dalam diri kita. Kita hanya hamba Allah yang tidak ada kuasa dan kehebatan melainkan dengan izin Allah jua.

Oleh itu , aku seru diriku dan  semua pembaca agar sentiasa berdoa kepada Allah. Merintihlah kepada Allah kerana Allah sebaik-baik pendengar rintihan . Lazimkan diri kita bangun malam. Bertahajudlah , bermunajatlah , mohonlah agar kita ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh dan usaha yang kita laksanakan sentiasa mendapat bantuan dan keredhaan Allah s.w.t.
Yakinlah pada sabdaan Rasulullah s.a.w ini :

‘ Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulan dengan mengatakan , ‘ Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?’’
( muttafaq’alaih)


 # Ya allah , lapangkan lah dada kami untuk menerima hidayahMu.


Tuesday, December 20, 2011

Jangan Tersungkur Kerana Susuk Tubuh Milik Tuhanmu


Ingin aku kongsikan hasil pembacaan artikel yang terdapat dalam majalah solusi edisi ke 38 dalam huraian aku sendiri.Tajuk yang cukup sinonim dengan wanita dan gadis-gadis masa kini.  Aurat. Topik ini tak akan putus dari perbahasan dan tak akan lari dari bibir yang bergelar wanita.

 Banyak bait-bait kata yang terdapat dalam artikel jelas membuatkan aku tergambar realiti yang sedang aku lalui.Iya, aku lihat perubahan mereka dan aku sedih dengan perubahan yang membawa mereka terjerumus dan leka kepada jalan-jalan kelalaian . Dulu , awal-awal aku keluar dari zaman persekolahan , tiap-tiap kali melihat kawan-kawan yang mula jatuh rebah mengikut ‘trend’ atau gagal mengekalkan prinsip aurat yang dipegang, hati aku meruntun kesedihan , sebak , dadaku sesak.Kenapalah mereka mudah sangat terpengaruh dan mudah sangat leka dengan ‘kemewahan, keindahan , kecantikan’ dunia yang fana ini.

‘’Patutlah saya lihat dahulu mereka memakai tudung labuh tetapi kemudiannya tudungnya semakin singkat ,lama kelamaan mula memakai seluar ketat kemudian berubah kepada memakai baju t sendat..lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja’’.

‘’Perubahan luaran merupakan gambaran perubahan hati’’

Kalau berdalilkan nafsu , bertuhankan dunia nescaya kita akan binasa . Kelebihan umat Muhammad s.a.w ialah tidak akan mendapat azab ‘on the spot’ seperti umat-umat yang terdahulu. Sebaik sahaja didoakan oleh para nabi atau rasul , bala Allah terus menimpa mereka. Ribut taufan , perkampungan diterbalikkan menjadi laut mati , rumah dan manusia ditelan bumi dan berbagai azab lagi jelas dan nyata untuk dijadikan teladan dan pengajaran. Beruntungnya kita kerana diberi penangguhan. Jika hari ini kita berdosa, taubat jalan penyelesaiannya. Benar!Itu tanda Maha Penyayang Allah dan Maha Pengampun Allah kepada kita umat Islam , umat nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, kenapa kita berpaling pada kebenaran.Kau dan aku  hanyut dalam dunia?Kau dan aku  leka dengan dunia?Apa alasan kau dan aku untuk berbuat begitu?? Ya!Aku tujukan khas buat mereka yang pernah belajar agama secara khusus termasuk diriku ini. Peringatan , nasihat dan ilmu telah acapkali diberikan . Sama ada kau/ aku memberi nasihat atau aku/ kau mendengar nasihat. Perkataan aurat telah lazim di telingamu. Kau/aku tahu dan mengerti benar akannya tapi kadangkala ia membuatkan aku bingung kenapa bila tamat masa itu kau lupa.Mungkin saja-saja buat-buat tidak tahu.
Firman Allah ini ,pasti pernah kau baca dan dengar.

dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.’’
(Surah Nur 24:31)

Apa lagi alasan yang hendak kita berikan untuk menidakkan hak ini?Kita akan beralasan dan sentiasa memberi alasan untuk turut sama bergaya dan menjadi cantik mengikut hawa nafsu. Tak salah berfesyen tapi syariaat perlu dijaga dan diutamakan. Kenapa perlu berpakaian seperti ‘perempuan murahan’ tatkala fesyen Islam sudah mula mendapat tempat dalam masyarakat. Apakah mentaliti rakyat Malaysia hari ini masih memuja-muja fesyen dari barat lagi?Tidak bukan? Kita sudah dapat menerima bahawa fesyen untuk wanita masih banyak walaupun berlandaskan kepada Islam. Maka buatlah pilihan yang betul.

Tak akan pernah terlambat untuk berhijrah kepada kebaikan selagi nyawa kita tidak berada dikerongkong. Taubat dan 
penyelasan kita akan diterima oleh Allah.Insyaallah. Bukan aku menghina kalian , bukan aku menjatuhkan maruah kalian , tapi aku sedang memberi peringatan dan nasihat kepada diri ini yang merupakan abang kepada seorang adik perempuan , anak kepada seorang ibu , bakal suami kepada seorang isteri , bakal ayah kepada anak-anak. Peringatan yang berupa coretan ini menjadi saksi bahawa hak menutup aurat mengikut syariat islam ini satu keutamaan buat aku.
Iye , kita boleh berubah. Kuatkan dalaman kita. Al quran dijadikan bacaan harian , hadis dijadikan santapan rutin , zikir menjadi basahan lidah , bibir dan hati. Insyaallah kita akan mampu menjadi individu Muslim dan Muslimah yang bertakwa. Bukan kejayaan yang dilihat pada keseluruhannya tapi usaha dan ‘istiqamah dan mujahadah’ yang kita lakukan dalam mengejar keredhaan Allah dengan mengikut hukum dan panduan yang disyariatkan Islam. Isu aurat bukan isu wanita sahaja .Ia isu lelaki.Ia isu semua yang bergelar muslim .

Buat yang sedang berhijrah, kuatkan dirimu. Dunia ini akan sentiasa mengecam kebaikan yang dibuatmu. Allah sentiasa bersamamu. Yakinlah , kuatlah , kita mampu terus berhijrah dan istiqamah dalam jalan kebaikan. Insyaallah.

# aku bukan insan yang baik tapi aku sedang menuju padanya.

#kamu pernah melihat dan mengetahui aibku , maka aku bukanlah yang terbaik untuk menasihatimu tetapi aku laksanakan jua kerana aku tidak mahu ada yang menjadi seteruk aku.

# memang mudah bercakap/menulis tetapi sukar untuk dilaksanakan . Itu aku tahu . Tapi tak salah kan berubah kepada kebaikan?

 # andai penulisan ini ternyata kasar atau tidak berhikmah , tegurlah aku untuk mampu menyampai kebenaran dalam hikmah.

Monday, December 19, 2011

Perlukah aku melepaskanmu saat ini.


Saat aku memiliku mu , ia merupakan detik-detik berharga dalam hidupku.Mahar yang dikirimkan menjadi saksi bahawa aku sanggup memilikimu walau berapa jua hargamu.Setahun berlalu , dua tahun berlalu , aku dan kamu tidak dapat dipisahkan. Aku selesa denganmu.Kemana sahaja akan aku bawa kamu ke mana sahaja. Bila masa makin berlalu , kian banyak kasih yang aku miliki.Tiba satu masa aku mula menghitung . Perlukah aku melepaskannya. Kasih daripadamu telah melindungi aku selama ini. Dari sinar terik mentari dan dari kedinginan malam. Sukar untuk membuat pilihan.Perlukah aku melepaskanmu saat ini. Ku fikirkan lama. Hari demi hari.Keputusan yang aku buat ini tak akan dapat diundur lagi. Aku akan kehilanganmu buat selamnya. Berpisah.Saat ini aku berpisah denganmu tapi aku akan sentiasa akan mengenangmu.Kau berjasa buat aku. Selamat tinggal pakaian-pakaian lamaku!Sudah terlalu banyak dalam koleksi almariku.

#dalam mood rajin kemas-kemas bilik.

# saat beli baju memang seronok .bila dah miliki mmg susah nak buang.tak tahu kenapa.akhirnya banyak baju dalam almari bilik ini.pakainya tidak .

#kawan-kawan yang baca entri ni , jangan lupa klik iklan nuffnang saya ye!terima kasih buat yang sudi klik.:)

Saturday, December 17, 2011

Aku lelaki emosi.

Sudah besar dan di usia remaja memang buat orang kadangkala sukar nak faham kehendak aku. Mungkin  untuk melindungi dan memastikan aku selamat membuatkan layanan ke atas diri ini rasa seperti kembali kepada alam kanak-kanak. Tak boleh bersendiri.Mesti ditemani.Aku hanya mampu pasrah dan menyembunyikan emosi yang sedang dilalui. Syukur ada yang sudi memahami , menemani dan memberi kata perangsang kepada aku tatkala aku dalam dunia emosi.

# Aku bersyukur punya keluarga yang sangat menyayangi dan mengambil berat ke atas diriku  ini.

Wednesday, December 14, 2011

Usah Malu Mengaku Diri Lulusan Agama


Pernah suatu ketika kes kematian di sebuah sekolah ‘agama’ menjadi isu hangat media massa. Ada akhbar menyatakan bahawa institusi pendidikan agama di Malaysia tidak lagi sehebat dahulu.Kian jatuh nilai akhlaknya.Itu konklusi umum yang dibuat dari satu kes terpencil yang berlaku di sekolah ‘agama’ tapi mendapat liputan yang menyeluruh dan mendapat kecaman oleh banyak pihak.

Aku . Bekas budak sekolah agama. Sudah biasa dengan hal sebegini.Lepasan  agama akan dipandang serong oleh segelintir manusia .Kolot , jumud dan minda tertutup.Itu gelaran utama.Tidak boleh ada satu silap walaupun sekecil lubang cacing. Kecaman , penghinaan dan kutukan akan diterima. Mana silapnya?
Aku lihat dahulu , institusi-institusi pendidikan yang tiada title ‘agama’ banyak aje berlaku kes keruntuhan akhlak , kejatuhan moral , perlakuan sumbang , kes bunuh dan kes yang dilarang agama. Tapi kenapa tiada yang mengambil endah?Kenapa dibiarkan? Adakah disebabkan mereka bukan orang agama?Mereka juga orang Islam bukan?

Budak agama hanya berguna sebagai imam tatkala solat jemaah. Bacaan doa dan bacaan tahlil serta yasin dalam majlis kematian . Lain? Tiada. Akan dicemuh , disisihkan dan dibiarkan. Sampai ada mereka yang pernah belajar di sekolah agama akan malu untuk menyatakan bahawa mereka pernah belajar di sekolah agama. Takot mungkin juga. Namun ada yang memilih untuk tidak mengaku kerana ingin bebas seperti insan-insan lain.'Mahu lari dari kehidupan beragama Islam dan nilai ketimuran'. Itu yang dapat aku katakan.

Itulah kejahilan masa kini. Agama hanya untuk mereka yang belajar kos agama. Selain daripada mereka ini , mereka hanya insan biasa. Faham mereka tidak perlu ‘sibuk-sibuk’  faham tentang agama kerana mereka bukan dalam aliran agama. Kian jahil. Buntu aku memikirkan apakah silapnya sistem pendidikan negara. Salah gurukah?Salah kurikulumkah?

Kesannya cukup besar.Lihat saja sekeliling kita.Berlaku dimana-mana sahaja.Tiada batasan tiada penghujung  tiada sekatan. Bebas sebebasnya. Kehidupan hanya didunia.Akhirat semacam tiada. Jadi hamba nafsu .Hiburan makanan utama.Hedonisme.Ideologi barat yang berjaya mendapat tempat dihati ribuan malah jutaan manusia masa kini. Trend , style, fashion. Kegilaan semua. Dipuja barat tanpa sedar.Barat itu sinonim dengan nilai-nilai murni yang kian pudar dan pupus.Tapi sedarkah kita?

Aku tak tahu sumbangan dan peranan apa yang aku dapat mainkan saat ini selaku bekas dan individu yang belajar tentang agama. Kefahaman dan kesedaran itu yang perlu ada. Siapa pun kita , tanggungjawab mempelajari ilmu agama adalah wajib.Tiada pengecualian . Bukan aku tak berusaha memperbaiki suasana dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, Cuma aku rasakan ianya tidak cukup untuk menangani masalah umat Islam yang berlaku masa kini. Aku sudah letih mengeluh dan melihat umat Islam terutama remaja Islam masa kini. Makin hari makin  hilang Islamnya dicarik oleh kejahilan dan modenisasi.
Allah , tunjukkan kami jalan keluar dari kemelut ini.

# aku tak akan pernah malu mengaku yang aku ini bekas pelajar sekolah agama walau seteruk mana aku ini sebab di situlah kesedaran dan nilai-nilai Islam ditanam dalam diri aku.


Tuesday, December 13, 2011

Bertumbok


Malam tadi bermimpi yang aku tumbok orang.Kenapa dan siapa aku tak tahu.Puas aku tumbok orang tu dalam mimpi.Sekuat yang mungkin dan sepenuh tenaga tapi bila aku sedar aku sedang tumbok dinding.Awal-awal bangun dalam pukul 5 , tangan aku tak rasa apa-apa lagi.Semuanya ok. Kemudian , bangun untuk solat subuh , berwudhuk baru aku rasa pedih kat tulang atas jari hantu .Pedih.melecet kesan tumbok dinding.Buntu.Kenapa mimpi terbawa-bawa kepada pergerakan dalam alam realiti?Kalau ada yang tido sebelah aku masa itu , mesti kesian orang itu sebab aku akan tumbok orang itu sesuka hati.Berdarah dan lebam lebam mungkin sebab aku tumbok orang itu dalam mimpi aku sepuas-puasnya.

#apalah aku ini , doa tido dah baca tapi masih bermimpi yang bukan-bukan.di mana silapku.

Sunday, December 11, 2011

Selepas 3 bulan


Masa berlalu tapi aku masih juga begini. Bertongkat dua , lutut masih sakit-sakit , kadang-kadang rasa ada bende gigit di jahitan peha,  lutut tak boleh nak ‘bend’ sampai habis , terlompat-lompat dan yang lebih sadis lagi aku tak boleh nak solat berdiri macam biasa. Mampu duduk sahaja.Itu pun bila bangun aku akan rasa sakit kat lutut.Sudah 3 bulan lebih aku jalani kehidupan begini. Pergerakan terbatas. Tiada lagi shopping complex, hanging out with friends, lepak kat ‘petronas’ untuk jumpa kawan-kawan bekas sekerja dan tiada lagi membantu kerja-kerja rumah ibu yang utama.Sekadar duduk di rumah ‘goyang kaki’.Special case .

Apa nak buat. 26/8/2011. Jadi detik bersejarah buat aku. Kemalangan kereta iswara aeroback.KAu tak tahu macam mana boleh kemalangan.dengan apa aku langgar. Semuanya hanya diketahui selepas ibu dan adik beradik yang cerita. Aku hanya ingat peristiwa 15 km sebelum aku kemalangan.Siapa yang memandu sepanjg kilometer itu?itu persoalan yang menghantui aku.Kenapa aku tak kemalangan lebih awal dari itu?Aku terlelap?Entah.Total lost kereta itu.Sayang. Baru sempat aku drive dua bulan lebih. Paling jauh jalan pun ke Johor.Kesan yang aku tanggung sekarang ialah ‘femur fracture = patah tulang peha’ .Menurut doktor yang rawat aku memang ambil masa yang lama untuk sembuh sebab ia tulang utama. Kesan jangka tua semestinya ada. Mungkin dah tua nanti akan rasa sengal-sengal. Kesan masa pendek , aku tak dibenarkan bersukan , buat aktiviti lasak. 6 bulan untuk tulang sembuh tapi nak bagi kuat seperti biasa doktor kata serah pada masa. Mana tak nya , tulang yang selama ini tumbuh sihat tiba-tiba patah. Oh , aku jadi manusia besi . Ada ‘plating’ di tulang peha kaki kananku.Kekal. Bawa sampai mati.Kini , aku fobia dengan kilat lebih-lebih lagi bila berada di luar rumah. Rasa tak selamat. Takut kene renjatan.Orang katalah tapi aku tak pernah rasa lagi namun cukup untuk buat aku rasa fobia.

Nak buat apa sekarang?makan minum tidur lah.Baca buku bila rajin.Buat Sudoku bila rasa kekosongan dan kehilangan.Buat aku fokus pada nombor.Pada orangnya juga .Bagi aku , semuanya nampak berubah. Orang boleh gembira-gembira tapi aku hanya mampu melihat. Kadang-kadang lebih suka menyendiri.malu mungkin . tak mahu menyusahkan orang juga. Apa yang aku alami ini kecil dan sikit sangat nak banding dengan orang yang lumpuh , kehilangan kaki , atau koma. Tapi ia beri aku pengajaran. Ia bawa aku lebih dekat pada Pemilik aku. Hanya mampu berserah dan berdoa agar aku segera sembuh seperti biasa. Mungkin tak akan kembali pada asalnya tapi bersyukur kerana aku masih ada lagi kaki.

#kerap aku imbas kembali saat aku tersepit dalam kereta.dengan kaki yang patah dan kesakitan yang maksima penah aku rasa.itu sejarah dan pengalaman buat diriku.

#teringat jua suara dan wajah kerisauan ibu tatkala aku terbaring lemah di wad separa kritikal.kulit lutut yang koyak sepanjang 6cm dan darah yang mengalir keluar bila kapas diangkat.rasa perit ditekan doktor untuk melihat luka koyak lutu.akuinagt semua itu.

#kullit koyak di bahgian atas mata.parut kekal kini.Yakuza mungkin.

#sakit bila diangkat dari satu katil ke katil yang lain.tulang yang patah.rasa bergesel.rasa semcam.

#dua kali masuk bilik bedah.dua kali bius separuh badan. Cepat aku terlena dalam bilik bedah.tak tahu kenapa. Tapi bunyi mesin yang menebuk besi untuk dimasukkan di betis aku ingat.macam di bengkel pula.merasa pakai alat bantuan pernafasan.sejuk.sejuk yang amat bila keluar bilik bedah.menggigil.dua kali aku rasa sebegitu.

#kesan bius buat aku riso.tiada kawalan organ perkumuhan.lemah dan sakit mula terasa.aku tak boleh nak buang air kecil macam orang normal.doktor yang selesaikan .tiub salur kencing jalan penyelesaian.

#berhati-hati di jalan raya,ingatlah orang tersayang.malang tak berbau.

Wednesday, December 7, 2011

sabar je lah.

broadband tak bayar jadi tak dapat nk online dan update blog.sengaja melambatkan bayaran sebab bajet nak tolong ibu kat rumah.eceh , ni jawapan bajet.ok!tapi niat baik pun dah kira bagus kan dari tak ada niat langsung kan?

Bengang!

tu yang boleh aku ungkapkan buat hari ini.tungu punya tunggu , tak boleh jugak nak online.bayar sudah tapi kene tunggu dekat 32 jam baru boleh akses internet balik.geram!! tah apa la nak jadi dengan server syarikat broadbnd ni.sabar je lah penyelesaian terbaik. tepat jam 12am hari rabu , selepas pembayaran dibuat pada hari Isnin 3.45ptg ,baru boleh online. lega.boleh online seperti biasa walo lembap .alhamdulillah.