Entah kenapa aku rasa semacam melihat gambar gambar orang berpelokan laki dan perempuan di muka buku. Sama ada yg kapel,bertunang atau yang sudah berkahwin. Bagi aku tak perlu mempamerkan gambar yang sedemikian untuk tatapan khalayak. Lebih baik sekadar untuk diri sendiri
Mungkin mahu memperlihatkan kemesraan dalam hubungan tapi apakah ia cara yang terbaik? Perlukah memberitahu dunia , ini kapel aku dan aku boleh pelok pelok dia?? Perlukah membuatkan mata mata lelaki memandang susuk tubuh dan kemesraan isteri kamu??
Tangannya yang mulus, kemanjaanya yang bagai bayi dan posing yang sebenarnya khas buat suami jadi tatapan dan bualan umum. Dijaja gambar tersebut . Peroleh ratusan 'like' dan komen. Puas dan bangga. Tak salah untuk bergambar tapi perlukah gambar yang berpelokan bersama ditayang umum? Mana letaknya privasi suami isteri? Mana letaknya nilai seorang isteri yang sebenarnya khas untuk lelaki yang dikahwani?? Sekadar perhubungan di kamar sahajakah?? Tidak. Sudah tentu tidak. Banyak hak dan perkara lain yang perlu dijaga dan dirahsiakan.
Memang aku tiada hak untuk bising bising pada mereka. Biar blog ini jadi tempat diluahkan rasa tidak enak itu. Aku pohon dikurniakan jodoh yang sependapat dan ' mahal' nilainya. Biar ia hanya buatku. Tak perlu dilihat dan ditayang umum. Bagi aku lebih baik jika tiada lelaki lain yang memandangnya melainkan aku. Hanya aku. Biar nampak kolot dan ketinggalan namun itu ' emas' buat diriku. Mahal dan bersinar.
Aku pohon bila tiba masanya nanti ,aku jauh dari apa yang aku tidak suka ini. Mohon dijauhkan. Aku pohon diingatkan . Aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang ditempelak dalam surah as saff ayat ke 3. Ya Allah lindungi aku. Lindungi kami.
No comments:
Post a Comment