Wednesday, December 28, 2011

''Kisah Malam Jumaat''

( Soundtrack : bunyi angin malam + suara ngilaian perempuan yang tak ketahuan sumbernye )

Malam tu aku drive dari Kuala Pilah menuju ke rumah kat Rembau. Mula-mula beerempat.Kemudian bertiga , kemudian berdua dan akhir sekali aku seorang je dalam kereta. Semua penumpang aku hantar pulang ke rumah masing-masing. Then , aku drive sesorang. Bukan nak drive berdua plak kot.Takde lagi proton buat stering sampai dua.Kalau pedal brek ada la sampai dua itupun kat tempat belajar memandu kereta kan.

Tiba-tiba aku rasa sejuk semacam. Aku pandang langit.Gelap je. Matahari takder. Malam memang la takder matahari.Aiseh.Aku lupa. Bintang kelip-kelip kat aku.’Mungkin bagi petanda kat aku ni kot supaya berhati-hati’ Aku bermonolog sendirian.

Air cond kereta yang tadi aku buka kuat  aku off terus. Sejuk sampai berdiri bulu roma aku. Aku pandang kiri , aku pandang kanan. Badan aku pulak mengigil. Tak selesa dibuatnya. Posisi aku duduk mula rasa semacam. Aku ke kanan , aku ke kiri .Aish..Apahal pulak nih. Aku tahan.  Aku pandang cermin kot-kot ada kelainan kat seat belakang. Gelap.

Berkilometer aku drive. Kiri kanan cuma pokok. Suasana gelap gelita malam.Aku cuak. Lampu jalan tak nyala. Lampu kereta aku yang malam yang suloh jalan untuk aku memandu. Akhirnya aku nampak cahaya hijau. Samar-samar. Aku ‘speed’ kereta aku. Jelas. Cahaya ini , tempat ini. Hijau. Aku berhenti.

Cepat-cepat aku lari keluar dari kereta. Aku gegas berlari . ‘aahhhhh’ lega. Berjaya juga aku qada hajat sebelum melimpah keluar . Petronas memang berjasa!



Tuesday, December 27, 2011

Bisikan hati ..


Bukan aku tak memahami tapi aku mahu perhatian. Cuma sedikit. Sekelumit perhatian mungkin mampu melupakan ‘kekurangan’ yang aku lalui saat ini. Aku terbatas. Terperuk.Ye. Aku salahkan lagi kekurangan ini.Aku ungkit-ungkit lagi. Aku tak lemah. ICuma..adakah aku minta yang bukan-bukan ? Sampai perlu membuat kesimpulan tentang diriku . Perlukah aku menagih perhatian daripada dunia? Jadi siapa sebenarnya aku padamu atau siapa sebenarnya kau padaku jika ku tagih perhatian dan kasih dari semua ?

ku bisikkan pada dunia tentang kisah hati yang sedang melanda.

Sunday, December 25, 2011

Doa


Bila sudah sakit baru kita akan ingat Allah , apabila sudah tiada yang ingin membantu barulah kita mula mengadu dan memohon bantuan kepada Allah s.wt. Allah hanya wujud tatkala susah dan apabila kita kesempitan sahajakah? Ini realiti masa kini . Tak perlu dipertikaikan lagi kesahihannya. Lihat sahaja diri kita , lihat teman-teman kita , lihat orang sekeliling kita. Berapa banyak kali tangan ditadahkan , hati ditundukkan dan doa dititipkan bagi memohon sesuatu permintaan daripada Allah s.w.t ?

Seusai menunaikan solat terus bergegas ke tempat kerja atau berlari menyambung tuntutan dunia , ke mana perginya doa kita? Solat didirikan tetapi tiada doa yang dipohonkan. Sempurnakah kita? Nabi dan rasul yang bertaraf maksum jua berdoa dan memohon hajat kepada Allah tetapi kenapa tidak kita? Bagus sangatkah kita ini kerana tak perlu memohon pada Allah dan tak perlu merintih mengadu kelemahan yang dilalui. Itu bagi yang menunaikan kefarduan solat , yang tidak ? Bilakah saatnya doa dipanjatkan? Pernahkah berdoa? Pernah!! Tetapi tatkala telah tersungkur kekecewaan , setelah kegagalan dan apabila tiada jalan keluar yang dapat ditemui lagi . Bolehkah doa hamba yang ‘kaya maksiat’ , ‘firaun dunia’ , ‘ raja nafsu ‘ dimakbulkan doanya serta merta? Sedangkan doa Nabi Allah Musa dan Harun juga dimakbulkan setelah 40 tahun doa dipanjatkan tanpa putus asa dan dengan penuh pengharapan agar Firaun serta tenteranya yang ingakr kepada Allah  dibinasakan!

‘’60. dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.’’
Surah Mu’min 40 : 60

Firman Allah ini pasti telah lazim kita dengar namun sejauh manakah penghayatan kita terhadap janji Allah ini? Saja aku timbulkan persoalan demi persoalan dalam penulisan aku ini kerana ia muhasabah buat diriku ini juga dan aku ingin sekali kita semua sentiasa menghisab diri ini sebelum berlakunya Hari Penghisaban Agung.

Yang jarang-jarang berdoa pasti cepat putus asanya pabila doanya tidak dimakbulkan. Begitu juga yang rajin berdoa akan berhenti berdoa kerana doa yang dipanjatkan sekian lama tidak juga kunjung tiba. Putus asa. Bertepuk syaitan laknatullah apabila melihat putusnya pengharapan kita kepada Allah. Berjaya!
Ingat . Doa yang kita panjatkan bukan tidak dimakbulkan tetapi penerimaan doa kita menurut ketentuan Allah dan bukannya mengikut kehendak kita dan bukan pula pada waktu yang kita fikirkan. ‘ Kita merancang , Allah juga merancang , namun sebaik-baik perancangan ialah dari Allah s.w.t. ‘ Itu yang perlu ada dalam diri kita. Kita hanya hamba Allah yang tidak ada kuasa dan kehebatan melainkan dengan izin Allah jua.

Oleh itu , aku seru diriku dan  semua pembaca agar sentiasa berdoa kepada Allah. Merintihlah kepada Allah kerana Allah sebaik-baik pendengar rintihan . Lazimkan diri kita bangun malam. Bertahajudlah , bermunajatlah , mohonlah agar kita ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh dan usaha yang kita laksanakan sentiasa mendapat bantuan dan keredhaan Allah s.w.t.
Yakinlah pada sabdaan Rasulullah s.a.w ini :

‘ Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulan dengan mengatakan , ‘ Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?’’
( muttafaq’alaih)


 # Ya allah , lapangkan lah dada kami untuk menerima hidayahMu.


Tuesday, December 20, 2011

Jangan Tersungkur Kerana Susuk Tubuh Milik Tuhanmu


Ingin aku kongsikan hasil pembacaan artikel yang terdapat dalam majalah solusi edisi ke 38 dalam huraian aku sendiri.Tajuk yang cukup sinonim dengan wanita dan gadis-gadis masa kini.  Aurat. Topik ini tak akan putus dari perbahasan dan tak akan lari dari bibir yang bergelar wanita.

 Banyak bait-bait kata yang terdapat dalam artikel jelas membuatkan aku tergambar realiti yang sedang aku lalui.Iya, aku lihat perubahan mereka dan aku sedih dengan perubahan yang membawa mereka terjerumus dan leka kepada jalan-jalan kelalaian . Dulu , awal-awal aku keluar dari zaman persekolahan , tiap-tiap kali melihat kawan-kawan yang mula jatuh rebah mengikut ‘trend’ atau gagal mengekalkan prinsip aurat yang dipegang, hati aku meruntun kesedihan , sebak , dadaku sesak.Kenapalah mereka mudah sangat terpengaruh dan mudah sangat leka dengan ‘kemewahan, keindahan , kecantikan’ dunia yang fana ini.

‘’Patutlah saya lihat dahulu mereka memakai tudung labuh tetapi kemudiannya tudungnya semakin singkat ,lama kelamaan mula memakai seluar ketat kemudian berubah kepada memakai baju t sendat..lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja’’.

‘’Perubahan luaran merupakan gambaran perubahan hati’’

Kalau berdalilkan nafsu , bertuhankan dunia nescaya kita akan binasa . Kelebihan umat Muhammad s.a.w ialah tidak akan mendapat azab ‘on the spot’ seperti umat-umat yang terdahulu. Sebaik sahaja didoakan oleh para nabi atau rasul , bala Allah terus menimpa mereka. Ribut taufan , perkampungan diterbalikkan menjadi laut mati , rumah dan manusia ditelan bumi dan berbagai azab lagi jelas dan nyata untuk dijadikan teladan dan pengajaran. Beruntungnya kita kerana diberi penangguhan. Jika hari ini kita berdosa, taubat jalan penyelesaiannya. Benar!Itu tanda Maha Penyayang Allah dan Maha Pengampun Allah kepada kita umat Islam , umat nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, kenapa kita berpaling pada kebenaran.Kau dan aku  hanyut dalam dunia?Kau dan aku  leka dengan dunia?Apa alasan kau dan aku untuk berbuat begitu?? Ya!Aku tujukan khas buat mereka yang pernah belajar agama secara khusus termasuk diriku ini. Peringatan , nasihat dan ilmu telah acapkali diberikan . Sama ada kau/ aku memberi nasihat atau aku/ kau mendengar nasihat. Perkataan aurat telah lazim di telingamu. Kau/aku tahu dan mengerti benar akannya tapi kadangkala ia membuatkan aku bingung kenapa bila tamat masa itu kau lupa.Mungkin saja-saja buat-buat tidak tahu.
Firman Allah ini ,pasti pernah kau baca dan dengar.

dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.’’
(Surah Nur 24:31)

Apa lagi alasan yang hendak kita berikan untuk menidakkan hak ini?Kita akan beralasan dan sentiasa memberi alasan untuk turut sama bergaya dan menjadi cantik mengikut hawa nafsu. Tak salah berfesyen tapi syariaat perlu dijaga dan diutamakan. Kenapa perlu berpakaian seperti ‘perempuan murahan’ tatkala fesyen Islam sudah mula mendapat tempat dalam masyarakat. Apakah mentaliti rakyat Malaysia hari ini masih memuja-muja fesyen dari barat lagi?Tidak bukan? Kita sudah dapat menerima bahawa fesyen untuk wanita masih banyak walaupun berlandaskan kepada Islam. Maka buatlah pilihan yang betul.

Tak akan pernah terlambat untuk berhijrah kepada kebaikan selagi nyawa kita tidak berada dikerongkong. Taubat dan 
penyelasan kita akan diterima oleh Allah.Insyaallah. Bukan aku menghina kalian , bukan aku menjatuhkan maruah kalian , tapi aku sedang memberi peringatan dan nasihat kepada diri ini yang merupakan abang kepada seorang adik perempuan , anak kepada seorang ibu , bakal suami kepada seorang isteri , bakal ayah kepada anak-anak. Peringatan yang berupa coretan ini menjadi saksi bahawa hak menutup aurat mengikut syariat islam ini satu keutamaan buat aku.
Iye , kita boleh berubah. Kuatkan dalaman kita. Al quran dijadikan bacaan harian , hadis dijadikan santapan rutin , zikir menjadi basahan lidah , bibir dan hati. Insyaallah kita akan mampu menjadi individu Muslim dan Muslimah yang bertakwa. Bukan kejayaan yang dilihat pada keseluruhannya tapi usaha dan ‘istiqamah dan mujahadah’ yang kita lakukan dalam mengejar keredhaan Allah dengan mengikut hukum dan panduan yang disyariatkan Islam. Isu aurat bukan isu wanita sahaja .Ia isu lelaki.Ia isu semua yang bergelar muslim .

Buat yang sedang berhijrah, kuatkan dirimu. Dunia ini akan sentiasa mengecam kebaikan yang dibuatmu. Allah sentiasa bersamamu. Yakinlah , kuatlah , kita mampu terus berhijrah dan istiqamah dalam jalan kebaikan. Insyaallah.

# aku bukan insan yang baik tapi aku sedang menuju padanya.

#kamu pernah melihat dan mengetahui aibku , maka aku bukanlah yang terbaik untuk menasihatimu tetapi aku laksanakan jua kerana aku tidak mahu ada yang menjadi seteruk aku.

# memang mudah bercakap/menulis tetapi sukar untuk dilaksanakan . Itu aku tahu . Tapi tak salah kan berubah kepada kebaikan?

 # andai penulisan ini ternyata kasar atau tidak berhikmah , tegurlah aku untuk mampu menyampai kebenaran dalam hikmah.

Monday, December 19, 2011

Perlukah aku melepaskanmu saat ini.


Saat aku memiliku mu , ia merupakan detik-detik berharga dalam hidupku.Mahar yang dikirimkan menjadi saksi bahawa aku sanggup memilikimu walau berapa jua hargamu.Setahun berlalu , dua tahun berlalu , aku dan kamu tidak dapat dipisahkan. Aku selesa denganmu.Kemana sahaja akan aku bawa kamu ke mana sahaja. Bila masa makin berlalu , kian banyak kasih yang aku miliki.Tiba satu masa aku mula menghitung . Perlukah aku melepaskannya. Kasih daripadamu telah melindungi aku selama ini. Dari sinar terik mentari dan dari kedinginan malam. Sukar untuk membuat pilihan.Perlukah aku melepaskanmu saat ini. Ku fikirkan lama. Hari demi hari.Keputusan yang aku buat ini tak akan dapat diundur lagi. Aku akan kehilanganmu buat selamnya. Berpisah.Saat ini aku berpisah denganmu tapi aku akan sentiasa akan mengenangmu.Kau berjasa buat aku. Selamat tinggal pakaian-pakaian lamaku!Sudah terlalu banyak dalam koleksi almariku.

#dalam mood rajin kemas-kemas bilik.

# saat beli baju memang seronok .bila dah miliki mmg susah nak buang.tak tahu kenapa.akhirnya banyak baju dalam almari bilik ini.pakainya tidak .

#kawan-kawan yang baca entri ni , jangan lupa klik iklan nuffnang saya ye!terima kasih buat yang sudi klik.:)

Saturday, December 17, 2011

Aku lelaki emosi.

Sudah besar dan di usia remaja memang buat orang kadangkala sukar nak faham kehendak aku. Mungkin  untuk melindungi dan memastikan aku selamat membuatkan layanan ke atas diri ini rasa seperti kembali kepada alam kanak-kanak. Tak boleh bersendiri.Mesti ditemani.Aku hanya mampu pasrah dan menyembunyikan emosi yang sedang dilalui. Syukur ada yang sudi memahami , menemani dan memberi kata perangsang kepada aku tatkala aku dalam dunia emosi.

# Aku bersyukur punya keluarga yang sangat menyayangi dan mengambil berat ke atas diriku  ini.

Wednesday, December 14, 2011

Usah Malu Mengaku Diri Lulusan Agama


Pernah suatu ketika kes kematian di sebuah sekolah ‘agama’ menjadi isu hangat media massa. Ada akhbar menyatakan bahawa institusi pendidikan agama di Malaysia tidak lagi sehebat dahulu.Kian jatuh nilai akhlaknya.Itu konklusi umum yang dibuat dari satu kes terpencil yang berlaku di sekolah ‘agama’ tapi mendapat liputan yang menyeluruh dan mendapat kecaman oleh banyak pihak.

Aku . Bekas budak sekolah agama. Sudah biasa dengan hal sebegini.Lepasan  agama akan dipandang serong oleh segelintir manusia .Kolot , jumud dan minda tertutup.Itu gelaran utama.Tidak boleh ada satu silap walaupun sekecil lubang cacing. Kecaman , penghinaan dan kutukan akan diterima. Mana silapnya?
Aku lihat dahulu , institusi-institusi pendidikan yang tiada title ‘agama’ banyak aje berlaku kes keruntuhan akhlak , kejatuhan moral , perlakuan sumbang , kes bunuh dan kes yang dilarang agama. Tapi kenapa tiada yang mengambil endah?Kenapa dibiarkan? Adakah disebabkan mereka bukan orang agama?Mereka juga orang Islam bukan?

Budak agama hanya berguna sebagai imam tatkala solat jemaah. Bacaan doa dan bacaan tahlil serta yasin dalam majlis kematian . Lain? Tiada. Akan dicemuh , disisihkan dan dibiarkan. Sampai ada mereka yang pernah belajar di sekolah agama akan malu untuk menyatakan bahawa mereka pernah belajar di sekolah agama. Takot mungkin juga. Namun ada yang memilih untuk tidak mengaku kerana ingin bebas seperti insan-insan lain.'Mahu lari dari kehidupan beragama Islam dan nilai ketimuran'. Itu yang dapat aku katakan.

Itulah kejahilan masa kini. Agama hanya untuk mereka yang belajar kos agama. Selain daripada mereka ini , mereka hanya insan biasa. Faham mereka tidak perlu ‘sibuk-sibuk’  faham tentang agama kerana mereka bukan dalam aliran agama. Kian jahil. Buntu aku memikirkan apakah silapnya sistem pendidikan negara. Salah gurukah?Salah kurikulumkah?

Kesannya cukup besar.Lihat saja sekeliling kita.Berlaku dimana-mana sahaja.Tiada batasan tiada penghujung  tiada sekatan. Bebas sebebasnya. Kehidupan hanya didunia.Akhirat semacam tiada. Jadi hamba nafsu .Hiburan makanan utama.Hedonisme.Ideologi barat yang berjaya mendapat tempat dihati ribuan malah jutaan manusia masa kini. Trend , style, fashion. Kegilaan semua. Dipuja barat tanpa sedar.Barat itu sinonim dengan nilai-nilai murni yang kian pudar dan pupus.Tapi sedarkah kita?

Aku tak tahu sumbangan dan peranan apa yang aku dapat mainkan saat ini selaku bekas dan individu yang belajar tentang agama. Kefahaman dan kesedaran itu yang perlu ada. Siapa pun kita , tanggungjawab mempelajari ilmu agama adalah wajib.Tiada pengecualian . Bukan aku tak berusaha memperbaiki suasana dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, Cuma aku rasakan ianya tidak cukup untuk menangani masalah umat Islam yang berlaku masa kini. Aku sudah letih mengeluh dan melihat umat Islam terutama remaja Islam masa kini. Makin hari makin  hilang Islamnya dicarik oleh kejahilan dan modenisasi.
Allah , tunjukkan kami jalan keluar dari kemelut ini.

# aku tak akan pernah malu mengaku yang aku ini bekas pelajar sekolah agama walau seteruk mana aku ini sebab di situlah kesedaran dan nilai-nilai Islam ditanam dalam diri aku.


Tuesday, December 13, 2011

Bertumbok


Malam tadi bermimpi yang aku tumbok orang.Kenapa dan siapa aku tak tahu.Puas aku tumbok orang tu dalam mimpi.Sekuat yang mungkin dan sepenuh tenaga tapi bila aku sedar aku sedang tumbok dinding.Awal-awal bangun dalam pukul 5 , tangan aku tak rasa apa-apa lagi.Semuanya ok. Kemudian , bangun untuk solat subuh , berwudhuk baru aku rasa pedih kat tulang atas jari hantu .Pedih.melecet kesan tumbok dinding.Buntu.Kenapa mimpi terbawa-bawa kepada pergerakan dalam alam realiti?Kalau ada yang tido sebelah aku masa itu , mesti kesian orang itu sebab aku akan tumbok orang itu sesuka hati.Berdarah dan lebam lebam mungkin sebab aku tumbok orang itu dalam mimpi aku sepuas-puasnya.

#apalah aku ini , doa tido dah baca tapi masih bermimpi yang bukan-bukan.di mana silapku.

Sunday, December 11, 2011

Selepas 3 bulan


Masa berlalu tapi aku masih juga begini. Bertongkat dua , lutut masih sakit-sakit , kadang-kadang rasa ada bende gigit di jahitan peha,  lutut tak boleh nak ‘bend’ sampai habis , terlompat-lompat dan yang lebih sadis lagi aku tak boleh nak solat berdiri macam biasa. Mampu duduk sahaja.Itu pun bila bangun aku akan rasa sakit kat lutut.Sudah 3 bulan lebih aku jalani kehidupan begini. Pergerakan terbatas. Tiada lagi shopping complex, hanging out with friends, lepak kat ‘petronas’ untuk jumpa kawan-kawan bekas sekerja dan tiada lagi membantu kerja-kerja rumah ibu yang utama.Sekadar duduk di rumah ‘goyang kaki’.Special case .

Apa nak buat. 26/8/2011. Jadi detik bersejarah buat aku. Kemalangan kereta iswara aeroback.KAu tak tahu macam mana boleh kemalangan.dengan apa aku langgar. Semuanya hanya diketahui selepas ibu dan adik beradik yang cerita. Aku hanya ingat peristiwa 15 km sebelum aku kemalangan.Siapa yang memandu sepanjg kilometer itu?itu persoalan yang menghantui aku.Kenapa aku tak kemalangan lebih awal dari itu?Aku terlelap?Entah.Total lost kereta itu.Sayang. Baru sempat aku drive dua bulan lebih. Paling jauh jalan pun ke Johor.Kesan yang aku tanggung sekarang ialah ‘femur fracture = patah tulang peha’ .Menurut doktor yang rawat aku memang ambil masa yang lama untuk sembuh sebab ia tulang utama. Kesan jangka tua semestinya ada. Mungkin dah tua nanti akan rasa sengal-sengal. Kesan masa pendek , aku tak dibenarkan bersukan , buat aktiviti lasak. 6 bulan untuk tulang sembuh tapi nak bagi kuat seperti biasa doktor kata serah pada masa. Mana tak nya , tulang yang selama ini tumbuh sihat tiba-tiba patah. Oh , aku jadi manusia besi . Ada ‘plating’ di tulang peha kaki kananku.Kekal. Bawa sampai mati.Kini , aku fobia dengan kilat lebih-lebih lagi bila berada di luar rumah. Rasa tak selamat. Takut kene renjatan.Orang katalah tapi aku tak pernah rasa lagi namun cukup untuk buat aku rasa fobia.

Nak buat apa sekarang?makan minum tidur lah.Baca buku bila rajin.Buat Sudoku bila rasa kekosongan dan kehilangan.Buat aku fokus pada nombor.Pada orangnya juga .Bagi aku , semuanya nampak berubah. Orang boleh gembira-gembira tapi aku hanya mampu melihat. Kadang-kadang lebih suka menyendiri.malu mungkin . tak mahu menyusahkan orang juga. Apa yang aku alami ini kecil dan sikit sangat nak banding dengan orang yang lumpuh , kehilangan kaki , atau koma. Tapi ia beri aku pengajaran. Ia bawa aku lebih dekat pada Pemilik aku. Hanya mampu berserah dan berdoa agar aku segera sembuh seperti biasa. Mungkin tak akan kembali pada asalnya tapi bersyukur kerana aku masih ada lagi kaki.

#kerap aku imbas kembali saat aku tersepit dalam kereta.dengan kaki yang patah dan kesakitan yang maksima penah aku rasa.itu sejarah dan pengalaman buat diriku.

#teringat jua suara dan wajah kerisauan ibu tatkala aku terbaring lemah di wad separa kritikal.kulit lutut yang koyak sepanjang 6cm dan darah yang mengalir keluar bila kapas diangkat.rasa perit ditekan doktor untuk melihat luka koyak lutu.akuinagt semua itu.

#kullit koyak di bahgian atas mata.parut kekal kini.Yakuza mungkin.

#sakit bila diangkat dari satu katil ke katil yang lain.tulang yang patah.rasa bergesel.rasa semcam.

#dua kali masuk bilik bedah.dua kali bius separuh badan. Cepat aku terlena dalam bilik bedah.tak tahu kenapa. Tapi bunyi mesin yang menebuk besi untuk dimasukkan di betis aku ingat.macam di bengkel pula.merasa pakai alat bantuan pernafasan.sejuk.sejuk yang amat bila keluar bilik bedah.menggigil.dua kali aku rasa sebegitu.

#kesan bius buat aku riso.tiada kawalan organ perkumuhan.lemah dan sakit mula terasa.aku tak boleh nak buang air kecil macam orang normal.doktor yang selesaikan .tiub salur kencing jalan penyelesaian.

#berhati-hati di jalan raya,ingatlah orang tersayang.malang tak berbau.

Wednesday, December 7, 2011

sabar je lah.

broadband tak bayar jadi tak dapat nk online dan update blog.sengaja melambatkan bayaran sebab bajet nak tolong ibu kat rumah.eceh , ni jawapan bajet.ok!tapi niat baik pun dah kira bagus kan dari tak ada niat langsung kan?

Bengang!

tu yang boleh aku ungkapkan buat hari ini.tungu punya tunggu , tak boleh jugak nak online.bayar sudah tapi kene tunggu dekat 32 jam baru boleh akses internet balik.geram!! tah apa la nak jadi dengan server syarikat broadbnd ni.sabar je lah penyelesaian terbaik. tepat jam 12am hari rabu , selepas pembayaran dibuat pada hari Isnin 3.45ptg ,baru boleh online. lega.boleh online seperti biasa walo lembap .alhamdulillah.

Monday, November 28, 2011

emosi keanak-anakan

kadang-kadang bila emosi kita tak terkawal kita akan menganggu kehidupan orang lain. jadi , dalam setiap tindakan emosi perlu dikawal dan akal perlu diutamakan. jangan sekali perasaan dan emosi menguasai emosi kerana anda akan membuat dunia anda menjadi porak poranda memikirkan perkara yang bukan-bukan. perkara remeh anda akan rasakan ianya begitu sukar untuk diselesaikan sedangkan ia hanya sekelumit masalah yang tidak perlu dibesar-besarkan. semalam aku melakukan pekara yang memalukan diri sendiri. bertindak bagai anak kecil yang mahukan perhatian . akhirnya orang lain yang merasa bahana emosi keanak-anakan aku. aku bangkit dari tido. ketawa dan gelak gembira. apalah aku ini. menjadikan emosi pengawal diri. tewas.

Thursday, November 17, 2011

Menuju ke pengakhiran

     Semester 2 pengajian sarjana pendidikan guru akan melabuhkan tirainya pada 18 / 11 / 2011 . Hari ini paper last bagi final exam. Paper killer bagi aku iaitu bahasa arab. Hanya mendoakan yang terbaik setelah usaha yang dilaksanakan. 
    Pengakhiran semester ini berbeza dengan semester yang lepas kerana pergerakan aku terbatas.maka tidaklah dapat aku berjalan-jalan meraikan kemerdekaan 'abes exam' dengan melencong ke Alamanda , Mcd atau ke downtown. Paling aku kesali ialah tidak dapat pergi ke Pulau Pinang. Tiket flight yang dah beli awal dulu , burn begitu sahajalah nampak gayanya.melepas.
     Mungkin malam ini sekadar mengemas baju dan alatan yang perlu untuk dibawa pulang ke rumah.Bila fikir nak kemas baju pun satu dugaan besar.Nak naik lebih kurang 30 anak tangga, bukan sesuatu yang mudah buat aku.Takot terjatuh dan patah kembali. Oh , itu yang aku risaukan.Kalau hujan dan guruh , maka terbatallah niat aku. Kini , aku dah takot kepada kilat dan guruh.Fobia. Aku takot terkena renjatan. Tak tahu kenapa jadi begitu.
    Di sini aku ingin mengucapkan juga jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu aku bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kawan-kawan yang prihatin ini membuatkan aku terasa senang untuk bergerak tanpa ada rasa malu atau segan silu.Iya lah, aku berkaki empat. Pelik kan.Harapnya , semester hadapan aku boleh berjalan seperti biasa.Banyak destinasi yang mahu aku tuju.Moga aku cepat sembuh hendaknya.

Monday, November 14, 2011

Friday, November 11, 2011

Trik Lelaki Yang Mengambil Kesempatan Yang Perlu Diketahui Gadis-SMS-

1. salam. Blh sy kenal awk?  Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.  Dah lama sy prhatikn awk.  Awk dak baik n sy trtarik la dgn  tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan..  ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni.. 
2. Trima kasih krn mnerima sy.  Sy akan try sedaya upaya  sy mnjaga awk dan mgikut syariat.  Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah,  sy cuba buat yg trbaik utk awk… 
3. Ingat tau,,jaga aurat leklok.. jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..  jgn sorg2..blk contact sy ek.. sy doakan awk selalu.. 
4. awak,nape x contact sy.  Sy risau awk kuar lama2..ye.. mmg sy xde hak pun.. sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne.  Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk  mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau..  tp sy tau awk cinta sy.. awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan? ..kih3. .tq.. i love u too.. 
5. Wak,,selain family,, Allah dan rasulnyer..  awk sayang sape ek?  Sape saya dlm hati awk? 
6. Wak wak..dr kawan kite  just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk.  sy tringin gak nk jd cm member2 sy.  Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek?  Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je.. thanks syg.. love u… .. 
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni   mcm x prcaya bi je.  Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan ..  tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu  kat syg ni… .hihihi.. 
8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,, syg la pmberi semangat utk bi… yang… .. bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek..  jgn risau..inikan membuktikan bi caring..  so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan  jaga rahsia kite..just msg je kan.. love u..papai.. mmuahh! 
9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye.. ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. .. 
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..  abg tggu lame da..abg tau.. kite x leh pakse dlm hubungan.. la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3.. 
11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket..  nape syg  bwk satu battalion nak jumpa abg?…  syg x caye kat abg eh.. huhu.. 
12. Syg..kite jumpe k?.. abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu.. cam wardina lak..bkn syg x cntk..  just nmpk mkn cntk la.. nipis sikit je..  nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k.. 
13. Syg..abg sory ngan apa jd td..  abg trsentuh jari syg td..  Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe.. makin tebal la pulak cinta abg kat syg.. 
14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo.. abg romantik sket pun salah ke?  Ske abg romantik ek? Hehe..  Eh,,td jumpa abg da berani  tenung abg ek..hoho..  tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je..  senang la kita jumpa  pasni.. tgk..Allah  memberkati hubungan kite..  syg solat dah ke?  Doakan abg skali ek..miss u.. 
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent?  Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. .  just nk tanya.. rambut syg panjang x? just thinking  of u at the moment… 
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg  kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special  untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg.. gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la.. 
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent?  Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg… 
18. Syg..da lame kita couple kan..  xkan abg pegang tgn pun nak marah..  Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. . 
19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati..  kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..? SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR… 
20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne…  cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k.. 
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua,,lebih baik  syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k.. 
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu  bunuh benda yang masing xbernyawa….. gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!! 
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni!  xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat.. 
24. sori syg,,abg xbleh temankan  syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak  dgn family or member,,malu la  abg klu diorg nmpak  abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu 
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung…  kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu..  bukan masalah aku.. lantak kau la…  bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau..  kau tu yg bodoh!!  kau ingat kau tu cantik sgt?? aku  dah xingin kat kau!!  pergi mmpos! 
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk..  xde masa nk layan kau!… 
27.(terputus hubungan) *wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran.. *si lelaki mencari mangsa baru.. *dan kejadian terus berulang.

Sumber : http://www.gilabest.com/

Thursday, November 10, 2011

Tinggalkan Suami Untuk Dijaga

Ada keje tapi malas nak buat.Ada exam tapi tak ready sangat.Jadinyer untuk hilangkan rasa 'cuak' aku search kat google image 'gambar lawak'.memang dah tak der keje kan aku ni.Jumpa gambar ni. 

Ada mana-mana isteri yang tak larat nak jaga suami dia atau malas nak bawa suami ketika berjalan-jalan semasa membeli belah?Tinggalkan di sini.Kami akan jaga untuk anda.Cuma bayar kos air sahaja!!Pelik tapi benar.


Wednesday, November 9, 2011

Kalau saya tiru mereka , salahkah saya?

Kalau aku tiru entri blog orang lain dari segi tajuk dan isu , salah ke? ke aku patot biar je blog ini kosong sampai aku ada idea nak menulis?ke macam mana? Rasanya tujuan penulisan blog aku dah lari dari semasa ke semasa.Macam tumpu nk kumpul duit pun ada juga.nak buat apa?nak kahwen kot~haha Gaya penulisan aku bukan bagus pun.Meluatkan reader baca?

Juz kali ni dapat share pic ni je.Sempat nak wat simple ni je sbb masa tak panjang dan aku sendiri pun bukan pandai sangat.Sangat bermakna buat mereka yang sedang bercinta.



Sunday, November 6, 2011

Churping Birds Are Money

Kali ni nk share dengan kawan-kawan yang ada blog/facebook/twitter/tumblr or ape2 laman sosial untuk join Churp-Churp( klik untuk join) .Pernah dengar tak?Harap kawan-kawan pernah dengar.


Apa sebenarnya churp churp  ni?
-senang paham ialah satu laman yang menyediakan iklan-iklan atau kempen-kempen yang mana bila kawan-kawan kita klik , join , or beli, kita akan dapat komisen daripadanya.ia mcm nuffnang, advertlets jugak cumanya ia lagi simple dan senang nak dapat income.( bergantung pada usaha dan readers anda)

Susah ke nak join Churp-Churp ni?
-senang je.anda hanya perlu wujudkan akaun percuma di sini C.H.U.R.P . Buat akaun dan isikan survey yang dikehendaki dan anda boleh mula sebarkan kempen bersama kawan -kawan dan dapatkan keuntungan bersama.

Mana nak letak Churp-churp ni?
-boleh letak kat mana-mana page or site milik korang . Yang utama mesti ada ramai orang yang baca so mereka akn klik iklan or kempen yang anda kongsi. Setiap reader ialah 'keuntungan'. makin ramai reader makin bagus.

Apa faedah join Churp-churp  ni?
-Faedah utama ialah anda boleh dapat income percuma.Hanya sebarkan iklan pada kawan-kawan dan anda akan dapat komisen. Free of Charge.Tiada produk nyata di tangan anda. Yang rajin update facebook, update blog , better ada churp-churp ni sebab disamping anda update untuk suka-suka, boleh jugak dapat duit
-anda juga boleh dapat kawan .
-boleh join aktiviti yang dianjurkan penganjur

Tindakan anda??
-tunggu apa lagi?join lah churp2 untuk tabungan masa panjang.sambil menyelam minum air kan?smbil facebook or twitter or blogging earn some money..it is smart right?






Salam Aidil Adha

Hari Raya tiba lagi.Alhamdulillah berkesempatan untuk solat sunat hari raya dan mendengar khutbah. Raya Aidilfitri tak berkesempatan nak ke masjid.Beraya di wad sahaja. Dapat jua mendengar takbir raya. Maka apa yang menarik untuk saya sharekan hari ini ialah dialog haiwan di pagi raya:)

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri! 
Lembu : Kenapa kau kata macam tu? 
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku! 
Lembu : Hah! Buat apa pulak? 
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak! 
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja! 
Ayam : ?? Maksud kau? 
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari  manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernahpanggil aku MAK! 
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)



Ayam dan lembu punya dialog..dialog lembu dan lembu di pagi raya apa pulak? Nak tau ?Kene g masjid lah ..dengar lembu mengemmmboooo...boooooo!!.booooo!!booooo!! ( dia panggil ibu dia tuh, takot nak kene korban..may b la kot..aku pun bukannyer paham sangat apa dia ckp.haha)

Friday, November 4, 2011

Dinar Emas

Arini aku nak kongsikan tentang emas/ dinar emas/ perak.Sekarang semua orang sibuk nak tahu,memiliki dan melabur dinar emas.Sebab apa? Antaranya :

1.Harga emas akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa (kalau jatoh pun sikit sahaja)
2.Perniagaan menggunakan dinar emas jauh dari unsur riba
3.Pelaburan emas mengambil masa singkat untuk memperoleh keuntungan ( dalam 3-5 tahun perbezaan harga boleh dilihat dengan ketara)
4.Nilai emas yang tidak susut 

Nak cakap dan promote panjang memang aku tak pandai.Jadi , kalau kawan-kawan berminat nak tahu lebih tentang dinar emas, sila klik kat sini : D.I.N.A.R

Thursday, November 3, 2011

Cara Mudah Skor SPM

Cara Mudah Skor SPM

Wednesday, November 2, 2011

Potong #$#@

Kali ni nak kongsi dialog ni dengan pembaca..moh bace:)

Situasi : Kedai Makan Belakang Kedai Jual Beli Kereta Baru/Terpakai

apek : itu potong zaka ada bagut ka ? 

ali : manyak bagut..bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo.. 

apek :?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak ploblem.. 

ali : apa probrem ? 

apek :manyak buang lui..lagi aahh..dia punya performance tatak bagut.. 
manyak cinang semputloh.. 

ali : cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong.. 
tada apa problem.. bini saya manyak puas woo.. 

apek :lu mini puas sama itu potong zaka ka? 

ali : ya la.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo.. 
lu lagi lambat pancut.. 

apek :???!!! err..lu punya 1.3 atau 1.5 ?? 

ali : ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha.. saya punya 6 incila.. 

apek :??! *** nia ma.. lu jgn maen2 haa.. mana ada potong zaka 6 inci.. 

ali : cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk pale b***h..) 

apek : chee sin punya olang..gua tanya baik2 lu tunjuk lu punya lan**u.. 

ali : abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la.. 

apek : saya tatak tanya sama lu punya lan**u.. 
saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka.. 
molo punya olang.. 

ali : aiya.. apek.. lain kali lu sebut betul2 la..kasi susa saja.. 
bukan potong zaka la.. proton saga.. aiyooo.. 

hahahahaha.. lawak bodo

Tuesday, November 1, 2011

Siapa Boleh Hamil Cikgu?

Mungkin ini yang mendorong murid-murid di sebuah sekolah di Malaysia dirogol oleh kawan sekolahnya..haha




Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Jenet cuba bertanyakan soalan pada gurunya,

Jenet : "Cikgu, bolehkah ibu saya hamil?"

Cikgu : "Berapa umur ibu Jenet?"

Jenet : "40 tahun, cikgu.."

Cikgu : "Ya, dia masih boleh hamil, Jenet"

Jenet : "Bolehkah kakak perempuan saya hamil?"

Cikgu : "Berapa umur kakak Jenet?"

Jenet : "19 tahun, cikgu.."

Cikgu : "Ya, sudah tentu. Kakak Jenet juga boleh hamil"

Jenet : "Mmm... bolehkah saya hamil, cikgu?"

Cikgu : "Berapa umurmu, Jenet?"

Jenet : "7 tahun, cikgu"

Cikgu : "Oh, Kamu belum cukup umur. Kamu masih belum boleh hamil lagi"

Tiba-tiba, Rizal yang duduk dibelakang Jenet, mencelah sambil berbisik sesuatu
pada jenet, "betulkan, apa saya cakap.. tidak ada yang perlu kita risaukan!"

Sunday, October 30, 2011

Atok dan Cucu

atok : cu ko paham bahasa org putih tak?
cucu : boleh la tok..nape?
atok : ce tengok borang ni. tolong isikan skali ye?
cucu : ok dude...name?nama atuk?
atok : usop bin raop
... ...cucu : age plzz!
atok : 62thn
cucu : sex tok?
atok : amboi2...x kan semua nk tau..
cucu : yes..ni wajip tok kene isi.
atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood ...
cucu:???????????bengong atuk aku ni..:)

hahaha..joke smate2..

Saturday, October 29, 2011

Pengharaman Tudung* di IPTA/IPTS/Sekolah

PANAS! --> KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH.

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis.

tudung yang tidak boleh dipakai ialah : -

1. TUDUNG SAJI.
2. TUDUNG PERIUK.
3. TUDUNG TERMOS.
4. TUDUNG CAT.
5. TUDUNG KICAP.





Sekian-:)

Wednesday, October 26, 2011

Apa Remaja Mahu?

Kalau nak dikupas dan dibincangkan hal ini , semua orang dah tahu .Ada 5 perkara yang semua remaja punya persetujuan dalam alam remaja ini.Masing-masing sibuk memperjuangkan dan merealisasikan perkara-perkara ini iaitu :

1.kebebasan
2.fesyen
3.gadjet
4.makan
5.hiburan

Siapa yang tak setuju sila angkat tangan.jadi ,apa point aku sebenarnya?Point aku ialah tak salah nak kejar dunia.Nak jadi orang yang bebas , berfesyen atau miliki bermacam-macam gadjet tapi ia mestilah selari dengan syarak Islam.Kalau Barat dijadikan ikutan , maka runtuhlah peradaban dan nilai-nilai murni orang Melayu Islam. Malu aku lihat sana sini remaja mempamerkan susuk tubuh yang seksi. Bertudung tapi ..semua sedia maklum. yang lelaki pula bngga memakai sekadar 'short' ke sana sini.oh , ditayang bulu kaki di betis yang tak seberapa.kalau lebat pula..aduhai, geli nk dipandang..menutup aurat atau sekadar menutup kemaluan?hehe..aku boleh gelak aje sebab nak ditegur orang-orang sebegini kalau silap langkahnya kita yang dikatakan ketinggalan zaman , jumud dan seangkatan dengannya.

Bukan lah aku baik sangat. nak kata bagus jauh la sangat .Cuma aku nak tekankan dekat reader ( kalau ada lah ) blog aku ni bahawa dalam buat apa-apa perkara pun mesti bersandarkan kepada Islam. Jangan diikut nafsu , dunia dan peredaran masa. Binasa .Itu konklusi yang boleh aku buat. Ilmu tentang Islam kena ada di dada. Kalau setakat di IC 'Islam' tapi pengetahuan tentangnya tiada, rugilah kita. Sebab tujuan kehidupan kita  bukan sekadar di dunia tapi nun jauh disana..negeri AKHIRAT yang abadi..

Friday, October 21, 2011

Student Life

 
Kitaran hidup pelajar-pelajar universiti  , kolej , institut pendidikan guru(IPG) dan mana-mana IPT .benar kah??

Wednesday, October 19, 2011

aku mengeluh lagi

iye,
kau nampak aku tersenyum..
aku bergelak malah yang paling ceria..
aku kuat menyakat ,
seperti kanak-kanak ria,
aku semacam tiada apa-apa kan??
aku sihat sejahtera.
kau analisa aku ,
bagai tulisan hitam,
atas pulpa putih..
kesimpulan mudah..
aku tiada apa-apa..

ini cara ku..
buat hilang 'rasa' ini..
hanya aku yang tahu..
kau mampu berkata..
kau hanya mampu berbicara..
tapi..
aku yang merasa..

senyuman,gelak tawa ,,
itu ubat buat semangat aku ini..
aku tak perlu 'medicine' ,
aku perlu semangat ..
menanti saat sihat seperti dahulu..

kau tahu..
aku 'letih' dan 'sengsara'
akn diri ini ..
bagai bukn diri yang dulu..
cuma aku bersyukur..
aku masih hidup dan punya 'tubuh' ini..

aku mahu cepat pulih..
aku mahu sujud..
aku mahu rukuk..
aku mahu dalam 'halaqah'
mendengar , menerima, dan beramal..
ayat suci Tuhan yang mulia..
sabdaan Nabi yang sejahtera..
penyejuk dan pembimbing 
ke arah .
jalan yang lurus..





Tuesday, October 18, 2011

bila nafsu aku berbicara

gila dalam emosi,
tak tahu mana yang sebetulnya,
kau pandang aku ,
benci??sakit hati??
atau kau sekadar mmandong kosong??
serius..aku benci pndgn begitu!!
memek muka mu,
semacam berkata..tapi kau bisu seribu bahasa..
soalnya kenapa??

kau!!
sini kalau berani..
apa kau puas melihat aku??
bukan membantu ..
kau jeling dan tawakan..
bahagia kau buat begitu??
eellooo..
aku ada hati..
aku pun ada mata..
plizz lah..
pham situasi aku ..
okey??

sempit hidup kau?
sukar ?sibuk?
ciss,,kau fikir diri..
dunia kau hanya kau kan??
bangun lah!!come on!!
tengok sekeliling..
tgk dunia..
tgk longkang..
semua pun sibuk lah..
tapi tak mcm kau..
semua ada masalah sendiri oke!!
kau je yg kecoh-kecoh..
mcm kau sorg je yg sengsara!!


haha..aku tak tahu apa yang aku taipkan .tapi ia lintasan kata-kata yang melalui diri aku saat ini..saat gila mcm ni bukan selalu datang tapi kalau aku sempat taip dan biarkan..macam kat atas ni lah jadinya..tapi papepun ,sesapa pun..jangan kecil or rasa hati sbb ia hanya lintasa kata-kata kat nafsuku..chill..

Saturday, October 15, 2011

Pak Cik Tua dan KFC

kisah pak cik di KFC

Lokasi : KFC di belah utara :P

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.


copy from fb:)

Friday, October 14, 2011

terima kasih

cuma ucapan terima kasih dapat ku ucapkan kepada kawan-kawan yang membantu aku saat kesusahan ini.sampai bila itu diriku juga tak tahu . akan aku ingat dan hargai kalian sebaiknya.moga allah merahmati dan membalas jasa kalian (^.^)

Wednesday, October 12, 2011

Untuk Awak

saat derita ku lalui
kau hadir di sisi
pengubat derita 
merawat luka
kau ilhamkan bahagia
aku lena dan lupa
bahawa diri ini sedang derita.

saat ku keseorangan
merasakan dunia kian di penghujung
kau hadir buat diriku
memberi semangat
kau pasakkan keyakinan 
kau pagari diriku dengan iman
kau sinariku dengan cahaya iman
jelas 
kini aku tidak bersendirian

saat masa berlalu tanpa arah tuju
tika aku mengira-ngira
bila aku akan kembali seperti dahulu
derita ini tak lagi sanggup ku jalani sendiri
kau hadir memimpin diriku
dengan kasih ikhlas tulus dari hati
memacu aku ke alam baru
bahagia dalam derita
gembira dalam sengsara.

-dituju khas kepada insan yang memberikan aku bahagia ini- awak-

Tuesday, October 11, 2011

it is possible?


do u have found one? hopefully you will fine one and she will make u happy ever after. 

its for real?


akronim yang kejam untuk perempuan tapi ada kebenaran di sebaliknya. tak dituju  pada semua perempuan tapi hanya segelintir sahaja..sekadar peringatan bersama..lol

Sunday, October 9, 2011

an advice to remember



Thursday, September 29, 2011

''in da same ship''

malam tadi aku tonton bersamamu di tv 3.aku tertarik dengan kata2 yang diluahkan oleh seorang lelaki yang mengalami kemalangan jalan raya dan lumpuh .kata-kata yang membuat aku sebak dan rasa benda yang sama ialah 
''selepas saya kemalangan baru saya kenal siapa kawan baik saya dan siapa bukan kawan saya''
-leonard tze yen chua-

Monday, September 19, 2011

terseksa

tika ini aku terseksa, derita , kesakitan.rasa malas untuk sedar dari lena.sbb..kehidupan sedar aku sentiasa dalam   ketidakselesaan , kesakitan dan kerimasan..oh my GOD, pliz...sembuhkan aku segera..sudah tak tertanggung rasanya aku akn ujian ini..bukan aku mengeluh .cuma..padaMu tempat aku mengadu.

Sunday, September 18, 2011

aku makin sensitif

mungkin sebab aku sakit dan keseorangan,aku jadi semakin sensitif.mudah terasa,mudah rasa ditinggalkan.mungkin itu bukn niat mereka kerana mungkin ak ini bnyak sangat berprasangka.tp hati ini tetap kecil hati.aku tak tahu kenapa.mungkin aku mengharapkn sesuatu yang 'lebih' dari mereka..pintaku pada Rabb Yang Maha Agung..'berilah aku kekuatan seperti nabi ayub tatkala menerima ujianMU'.

Friday, September 16, 2011

senyum sendiri

Belakangan ini aku banyak senyum sendiri..berfikir mungkin.ku tanya pada diri apa silapku..ku lihat dunia kini berbeza dari dulu....baru ku kenal..baru ku fahami..baru ku tersedar...aku tersenyum..kerana itu sahaja pengubat buat diri ku saat dan tika ini.benar.aku tak boleh sama sekali samakan mereka dengan diriku.positif! itu sahaja yang mampu ku lakukan saat ini. P.O.S.I.T.I.F

Wednesday, September 7, 2011

tergendala

blog tergendala untuk masa yg agk pnjg disebabkn saya dlm proses sembuh dari kemalangan jln raya..akn diupdate sebaik punya kekuatan yg tinggi..

Monday, August 22, 2011

Keluarga 'Penipu'??

A man buys a lie detector robot that slaps people who lie. he decided to test it at dinner:

Dad: Son where were you today during school hours?
Son: At school (robot slaps son)

...Son: Okay I went to the movies!
Dad: Which one?
Son: Harry Potter (robot slaps again!)

Son: Okay I was watching porn.
Dad: What? When I was your age I didn't even know what porn was! (robot slaps dad)
Mom: Hahahahaha! after all he is your son!(robot slaps mom).



Juz sharing the dialogue got from friends facebook. Do not have much time to update with personal life ( like  someone want to read :P  )because busy with assgnment before Raya holidays.

Friday, August 19, 2011

Ragam Ramadhan

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jwb soalan hamba.
Pak Belalang: Silakn Nujum Masai.
Nujum Masai: Apkah 1-banyak2, 2-sikit2, 3-kaddang2, 4-jarrang2?
Pak Belalang: Itu senang saja. Jawabnya Terawih!
Nujum Masai: Jelaskan.
Pak Belalang: "1- Baanyak2" bermaksud minggu pertama byk orang dtg terawih. "2-sikit2" minggu ke-2 sudah sedikit org dtg terawih. "3-kaddang2" pd minggu ke-3 kadang2 saja org akan dtg tarawih, & "4-jarang2" pd minggu ke-4 jarang2 jumpa org dtg terawih..
Nujum Masai: *O*

Thursday, August 18, 2011

''Bonus'' untuk kakitangan kerajaan dan swasta

''Alhamdulillah, 20 haribulan di jangka bonus masuk, tapi tak sure sebab kata pihak terbabit, mungkin lewat sikit, dalam 23 haribulan, tapi dari perbualan dengan pihak terbabit satu lagi, aku rasa bonus macam masuk pada 27 haribulan. Dan berita terkini, bonus ini bukan untuk kakitangan kerajaan dan orang pencen sahaja, semua dapat, paling lewat pun pada 29 haribulan, bunus lebih dari dua bulan, iaitu bonus 1000 bulan, beribadat di malam lailatul qadar, cakap untuk diri sendiri.Peace. =)''


Ni status yang aku baca dekat facebook.Mula-mula baca dah excited sangat-sangat.ingatkan dapat bonus .nak raya lah katakan.Baju raya , kueh raya, langsir raya, cincin raya semua tak beli lagi.Rupa-rupanya 'lailatul qadar ' .Kene muhasabah diri balik ni sebab fikir tentang bonus dunia sahaja.


Tuesday, August 16, 2011

Dialog Kucing

Ini adalah dialog kucing dalam bahasa manusia.Jika ditaip dalam bahasa kucing dikhuatiri tiada siapa yang dapat memahaminya melainkan kucing-kucing yang tahu membaca tulisan manusia terutama bahasa melayu.Kucing-kucing tersebut juga mestilah mereka yang celik IT.Berikut merupakan dialog dua ekor kucing yang sempat saya rakamkan :

Kucing Jantan : Kita berpisah mulai saat ini !
Kucing Betina : Apa?Kenapa?
Kucing Jantan : Sebab awak tak  feminin.
Kucing Betina : Apa maksud abg?
Kucing Jantan : Perempuan mana ada misai.!!Eeeii..geli saya.
Kucing Betina : ........=.='

Monday, August 15, 2011

Ibu , Anak Dan Ayah

Pada suatu hari , ibu memanggil anak kecilnya yang berumur 5 tahun ke dapur.berikut perbualan ibu dan anak di dapur.

ibu : Aiman, boleh tolong ibu tak Aiman?
anak : boleh bu.Nak aiman toyong  pe?
ibu : tolong mintak kat ayah serai 4 batang kat kebun tu.
anak : oyait bu.

Apabila tiba di kebun.

anak : ayah, ibu kat dapo tadi mintak ni...
ayah : ibu mintak ape aiman?
anak : bu nak mintak cerai 4 kali laaa
ayah : Ya allah .Ibu mintak cerai?.........

Sunday, August 14, 2011

Dialog Suami Isteri

Entri ringkas untuk kali ini iaitu dialog antara suami dan isteri :


Wife : Do you love me ?
Husband : Of course, i do.. :) ♥
Wife: emmm.. can i ask why?
Husband : bcoz ABCDEFGHIJK... :)))♥
Wife : ? Husband : bcoz u are Adorable , Beuty , Cute , Delightful, Elegance, Fun , Gorgeous, Honest ...
Wife: *smile*... emmm,but what is I,J, & k??
Husband : Im Juz Kidding ... hehe
Wife : .........

Thursday, August 11, 2011

Perihal 'SMS' Cinta

Semalam sempat ber’sms’ dengan kawan yang  selalu menemani diri waktu susah dan senang. Dalam mesej-mesej itu aku sempat bertanyakan soal cinta. Aku bertanya padanya :
Aku      :  Cinta tu apa ye awak?
Kawan  : Cinta itu tak dapat nak digambarkan.Ianya pelik. Cinta membuatkan diri yang sedang membenci seseorang menjadi suka.Dari marah menjadi tenang. Cinta membuatkan kita  rasakan bahawa kita hanya untuk dia, dia hanya untuk kita. Bersamanya bahagia.Bersamanya setiap detik berharga. Itu cinta yang dapat saya ungkapkan umumnya.
Aku     :   Jadi ,selama ini banyak orang yang hanya tertarik dan suka pada perempuan dan bukannya cinta ( aku berfokus pada lelaki ) . Betul tak?
Kawan  :  Ye, itu sebab ramai yang tak kekal dalam hubungan kerana ianya tidak diikat dengan cara yang sah ( nikah ) . Bila betul-betul mencintai ia akan dizahirkan dengan cara yang baik.Yang mencintai akan menjaga pasangannya dengan baik. Tidak mengambil kesempatan atasnya.Menjaga hak-haknya dan memikirkan hubungan yang dijalinkan akan hanya mendapat berkat apabila ia berlandaskan syarak.
Aku     : Jadi, apa tanda utama bila kita dah betul-betul cinta pada seseorang?
Kawan   :  Penilaian tentang cinta hanya boleh dibuat oleh diri sendiri.Kena Tanya diri sama ada kita betul-betul mencintai si dia atau hanya sekadar suka atau selesa dengannya.Cinta tak pernah sama sekali sama dengan sayang atau suka atau ape-ape yang lain.
Aku  : aish. Susah lah begitu.
Kawan  : Tak susah lah sebenarnya. Ikhlaskan diri. Tanya pada diri dengan muhasabah diri. Nak tahu cinta manusia yang sebenarkan?Cuba lihat cinta Nabi Muhammad s.a.w kepada Khadijah.Even Khadijah tiada, cinta nabi Muhammad itu pada khadijah kekal walaupun ada pengganti.Kan?
Aku    : aah. – mesej tentang cinta berhenti disini pabila kawanku menukar topik tentang kehidupan seharian-

-Aku terbaring memandang siling. Memikirkan berapa ramai manusia kini yang saling menyintai tetapi tidak diikat dengan cara yang dianjurkan syarak. Mungkin halangan keluarga dan kekurangan wang . Itu punca dan sebab cinta tak dizahirkan dengan tali pernikahan .Hanya ini dapat  aku konklusikan buat masa ini. Adat masih kuat dalam masyarakat masa ini. Namun , pada satu ketika aku sedih apabila cinta dilampiaskan dengan nafsu. Mangsanya perempuan. Aku tidak tahu sampai bila budaya dan gaya’ percintaan sementara’ yang boleh diistilahkan sebagai ‘kapel’ akan dipandang biasa dan normal oleh masyarakat.

Wahai Tuhan Pemilik Cinta ,
Berikanlah kami kecintaan manusia yang tidak melebihi cintaMu.
Teguhkan cinta agama kami ,
Teguhkan cinta kepada ibu bapa kami.
Selamatkan cinta kami pada pasangan kami
Dengan iman , takwa dan ilmu yang dianugerahi.
Amin Ya Rabbal Alamin.