(
Soundtrack : bunyi angin malam + suara ngilaian perempuan yang tak ketahuan sumbernye )
Malam tu
aku drive dari Kuala Pilah menuju ke rumah kat Rembau. Mula-mula
beerempat.Kemudian bertiga , kemudian berdua dan akhir sekali aku seorang je dalam
kereta. Semua penumpang aku hantar pulang ke rumah masing-masing. Then , aku
drive sesorang. Bukan nak drive berdua plak kot.Takde lagi proton buat stering
sampai dua.Kalau pedal brek ada la sampai dua itupun kat tempat belajar memandu
kereta kan.
Tiba-tiba
aku rasa sejuk semacam. Aku pandang langit.Gelap je. Matahari takder. Malam
memang la takder matahari.Aiseh.Aku lupa. Bintang kelip-kelip kat aku.’Mungkin
bagi petanda kat aku ni kot supaya berhati-hati’ Aku bermonolog sendirian.
Air cond
kereta yang tadi aku buka kuat aku off
terus. Sejuk sampai berdiri bulu roma aku. Aku pandang kiri , aku pandang
kanan. Badan aku pulak mengigil. Tak selesa dibuatnya. Posisi aku duduk mula
rasa semacam. Aku ke kanan , aku ke kiri .Aish..Apahal pulak nih. Aku tahan. Aku pandang cermin kot-kot ada kelainan kat
seat belakang. Gelap.
Berkilometer
aku drive. Kiri kanan cuma pokok. Suasana gelap gelita malam.Aku cuak. Lampu
jalan tak nyala. Lampu kereta aku yang malam yang suloh jalan untuk aku
memandu. Akhirnya aku nampak cahaya hijau. Samar-samar. Aku ‘speed’ kereta aku.
Jelas. Cahaya ini , tempat ini. Hijau. Aku berhenti.
Cepat-cepat
aku lari keluar dari kereta. Aku gegas berlari . ‘aahhhhh’ lega. Berjaya juga
aku qada hajat sebelum melimpah keluar . Petronas memang berjasa!
1 comment:
astaghfirullahaladzim..suspen btol huhu
Post a Comment