atok : cu ko paham bahasa org putih tak?
cucu : boleh la tok..nape?
atok : ce tengok borang ni. tolong isikan skali ye?
cucu : ok dude...name?nama atuk?
atok : usop bin raop
... ...cucu : age plzz!
atok : 62thn
cucu : sex tok?
atok : amboi2...x kan semua nk tau..
cucu : yes..ni wajip tok kene isi.
atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood ...
cucu:???????????bengong atuk aku ni..:)
hahaha..joke smate2..
Sunday, October 30, 2011
Saturday, October 29, 2011
Pengharaman Tudung* di IPTA/IPTS/Sekolah
PANAS! --> KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH.
Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis.
tudung yang tidak boleh dipakai ialah : -
1. TUDUNG SAJI.
2. TUDUNG PERIUK.
3. TUDUNG TERMOS.
4. TUDUNG CAT.
5. TUDUNG KICAP.
Sekian-:)

Wednesday, October 26, 2011
Apa Remaja Mahu?
Kalau nak dikupas dan dibincangkan hal ini , semua orang dah tahu .Ada 5 perkara yang semua remaja punya persetujuan dalam alam remaja ini.Masing-masing sibuk memperjuangkan dan merealisasikan perkara-perkara ini iaitu :
1.kebebasan
2.fesyen
3.gadjet
4.makan
5.hiburan
Siapa yang tak setuju sila angkat tangan.jadi ,apa point aku sebenarnya?Point aku ialah tak salah nak kejar dunia.Nak jadi orang yang bebas , berfesyen atau miliki bermacam-macam gadjet tapi ia mestilah selari dengan syarak Islam.Kalau Barat dijadikan ikutan , maka runtuhlah peradaban dan nilai-nilai murni orang Melayu Islam. Malu aku lihat sana sini remaja mempamerkan susuk tubuh yang seksi. Bertudung tapi ..semua sedia maklum. yang lelaki pula bngga memakai sekadar 'short' ke sana sini.oh , ditayang bulu kaki di betis yang tak seberapa.kalau lebat pula..aduhai, geli nk dipandang..menutup aurat atau sekadar menutup kemaluan?hehe..aku boleh gelak aje sebab nak ditegur orang-orang sebegini kalau silap langkahnya kita yang dikatakan ketinggalan zaman , jumud dan seangkatan dengannya.
Bukan lah aku baik sangat. nak kata bagus jauh la sangat .Cuma aku nak tekankan dekat reader ( kalau ada lah ) blog aku ni bahawa dalam buat apa-apa perkara pun mesti bersandarkan kepada Islam. Jangan diikut nafsu , dunia dan peredaran masa. Binasa .Itu konklusi yang boleh aku buat. Ilmu tentang Islam kena ada di dada. Kalau setakat di IC 'Islam' tapi pengetahuan tentangnya tiada, rugilah kita. Sebab tujuan kehidupan kita bukan sekadar di dunia tapi nun jauh disana..negeri AKHIRAT yang abadi..
Friday, October 21, 2011
Student Life
Kitaran hidup pelajar-pelajar universiti , kolej , institut pendidikan guru(IPG) dan mana-mana IPT .benar kah??
Wednesday, October 19, 2011
aku mengeluh lagi
iye,
kau nampak aku tersenyum..
aku bergelak malah yang paling ceria..
aku kuat menyakat ,
seperti kanak-kanak ria,
aku semacam tiada apa-apa kan??
aku sihat sejahtera.
kau analisa aku ,
bagai tulisan hitam,
atas pulpa putih..
kesimpulan mudah..
aku tiada apa-apa..
ini cara ku..
buat hilang 'rasa' ini..
hanya aku yang tahu..
kau mampu berkata..
kau hanya mampu berbicara..
tapi..
aku yang merasa..
senyuman,gelak tawa ,,
itu ubat buat semangat aku ini..
aku tak perlu 'medicine' ,
aku perlu semangat ..
menanti saat sihat seperti dahulu..
kau tahu..
aku 'letih' dan 'sengsara'
akn diri ini ..
bagai bukn diri yang dulu..
cuma aku bersyukur..
aku masih hidup dan punya 'tubuh' ini..
aku mahu cepat pulih..
aku mahu sujud..
aku mahu rukuk..
aku mahu dalam 'halaqah'
mendengar , menerima, dan beramal..
ayat suci Tuhan yang mulia..
sabdaan Nabi yang sejahtera..
penyejuk dan pembimbing
ke arah .
jalan yang lurus..
Tuesday, October 18, 2011
bila nafsu aku berbicara
gila dalam emosi,
tak tahu mana yang sebetulnya,
kau pandang aku ,
benci??sakit hati??
atau kau sekadar mmandong kosong??
serius..aku benci pndgn begitu!!
memek muka mu,
semacam berkata..tapi kau bisu seribu bahasa..
soalnya kenapa??
kau!!
sini kalau berani..
apa kau puas melihat aku??
bukan membantu ..
kau jeling dan tawakan..
bahagia kau buat begitu??
eellooo..
aku ada hati..
aku pun ada mata..
plizz lah..
pham situasi aku ..
okey??
sempit hidup kau?
sukar ?sibuk?
ciss,,kau fikir diri..
dunia kau hanya kau kan??
bangun lah!!come on!!
tengok sekeliling..
tgk dunia..
tgk longkang..
semua pun sibuk lah..
tapi tak mcm kau..
semua ada masalah sendiri oke!!
kau je yg kecoh-kecoh..
mcm kau sorg je yg sengsara!!
haha..aku tak tahu apa yang aku taipkan .tapi ia lintasan kata-kata yang melalui diri aku saat ini..saat gila mcm ni bukan selalu datang tapi kalau aku sempat taip dan biarkan..macam kat atas ni lah jadinya..tapi papepun ,sesapa pun..jangan kecil or rasa hati sbb ia hanya lintasa kata-kata kat nafsuku..chill..
Saturday, October 15, 2011
Pak Cik Tua dan KFC
kisah pak cik di KFC
Lokasi : KFC di belah utara :P
cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.

copy from fb:)
Friday, October 14, 2011
terima kasih
cuma ucapan terima kasih dapat ku ucapkan kepada kawan-kawan yang membantu aku saat kesusahan ini.sampai bila itu diriku juga tak tahu . akan aku ingat dan hargai kalian sebaiknya.moga allah merahmati dan membalas jasa kalian (^.^)
Wednesday, October 12, 2011
Untuk Awak
saat derita ku lalui
kau hadir di sisi
pengubat derita
merawat luka
kau ilhamkan bahagia
aku lena dan lupa
bahawa diri ini sedang derita.
saat ku keseorangan
merasakan dunia kian di penghujung
kau hadir buat diriku
memberi semangat
kau pasakkan keyakinan
kau pagari diriku dengan iman
kau sinariku dengan cahaya iman
jelas
kini aku tidak bersendirian
saat masa berlalu tanpa arah tuju
tika aku mengira-ngira
bila aku akan kembali seperti dahulu
derita ini tak lagi sanggup ku jalani sendiri
kau hadir memimpin diriku
dengan kasih ikhlas tulus dari hati
memacu aku ke alam baru
bahagia dalam derita
gembira dalam sengsara.
-dituju khas kepada insan yang memberikan aku bahagia ini- awak-
Tuesday, October 11, 2011
its for real?
akronim yang kejam untuk perempuan tapi ada kebenaran di sebaliknya. tak dituju pada semua perempuan tapi hanya segelintir sahaja..sekadar peringatan bersama..lol
Sunday, October 9, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)