Hari-hari yang dilalui tidak banyak berubah.Hari ini aku hadir ke kelas seperti biasa bagi meneruskan rutin harian selaku seorang pelajar atau 'bakal guru'. Subjek kedua dalam jadual iaitu ''Pendidikan Al Quran Sekolah Rendah'' bersama Ustazah Shamsinar. Sesi kelas pagi ini amat berbeza dari hari-hari yang lain.Itu yang aku rasakan.Kenapa?.Kami dibawa untuk memberi makan rohani kami atau lebih tepat lagi hati batin kami.
Mata ditutup.Tumpuan hanya pada suara Ustazah. Kalimah-kalimah serta bait-bait kata yang keluar daripada mulut ustazah membawa kami ke alam muhasabah.Dosa.Zina.Lagha.Leka.Lalai.Jauh dari nabi.Jauh dari Illahi.
Aku tertunduk.Aku insan hina.Ya Rabb.Ampuni dosa hambamu ini.
No comments:
Post a Comment