Sunday, July 31, 2011

Apa ku rasa saat ini.

Cemburu tak bertempat membuat diri merana.Sayang tak diluah membuat diri sengsara.Kasih tak berbalas membuat diri terseksa.Itu lah aku saat ini.

Wednesday, July 27, 2011

tersenyum

aku mengorak langkah kehidupan kepada dunia yang lebih ceria. kenapa ? sebab aku perlukan hidup remaja yang gemilang. kawan.itu jawapannya.walaupun tak semua memahami diri ini tapi cukuplah aku punya kwan utk bersuka. berduka tak apa andai tak bersama mereka kerana aku tahu pada siapa perlu diluahkan.dilalui hari-hari yang mendatang dengan senyuman , sakat-menyakat , gelak tawa dan kegembiraan.

berjalan, bergambar, berjalan , bergambar. itu yang aku laksanakan dua tiga menjak ini.yang penting dilakukan bersama kawan. duniaku hanya ada kawan..dan kawanku ialah rakan sekelasku.mana yang lain??mereka datang dan pergi tapi kami tetap kawan.aku bersyukur dengan hidupku kini walau ada yang mengambil kesempatan dan mempersenda diri ini dengan kata-kata.biarkan..malas untuk aku fikirkan.

lihat alam , lihat senyuman rakan , alami saat indah bersama rakan , bergelak tawa..itu kehidupan remaja yang sedang aku lalui saat ini.moga aku bahagia..bersama kawan-kawan tersayang.selamanya.


Wednesday, July 13, 2011

selamat ulangtahun kedua semua bakal gurul ambilan Julai 2009

Ku ucapkan selamat ulangtahun kedua kepada diri ini dan kepada kawan-kawan guru  yang sedang menjalani latihan keguruan di IPG Kampus Pendidikan Islam dan di seluruh IPG seluruh negara. Tarikh 13 / 7 /2009 merupakan hari dimana bakal pelatih guru ambilan Julai 2009 mendaftar di IPG masing-masing..
selamat belajar dan selamat beramal buat diri ini:)

Friday, July 8, 2011

Muhasabah diri.

Hari-hari yang dilalui tidak banyak berubah.Hari ini aku hadir ke kelas seperti biasa bagi meneruskan rutin harian selaku seorang pelajar atau 'bakal guru'. Subjek kedua dalam jadual iaitu ''Pendidikan Al Quran Sekolah Rendah'' bersama Ustazah Shamsinar. Sesi kelas pagi ini amat berbeza dari hari-hari yang lain.Itu yang aku rasakan.Kenapa?.Kami dibawa untuk memberi makan rohani kami atau lebih tepat lagi hati batin kami.

Mata ditutup.Tumpuan hanya pada suara Ustazah. Kalimah-kalimah serta bait-bait kata yang keluar daripada mulut ustazah membawa kami ke alam muhasabah.Dosa.Zina.Lagha.Leka.Lalai.Jauh dari nabi.Jauh dari Illahi.

Aku tertunduk.Aku insan hina.Ya Rabb.Ampuni dosa hambamu ini.

Monday, July 4, 2011

Mood literasi bahasa

Subjek literasi bahasa semester ni memang seronok.Macam kembali ke alam kanak-kanak.Aku dan pasangan aku( ahli kumpulan) dipertanggungjawabkan dengan tajuk aktitivi prabacaan.OMG.kumpulan pertama!!adeh..baru masuk semester baru dah kene jadi kumpulan pertama tapi tak mengapalah..ahli kumpulan ku sangat best + sporting + rajin..mudah bekerja bersama dan komitmen 110%..oh yeah..gambar dibawah merupakan hasil kerja kami berdua..tq very much to miss shalida becoz helped me a lot for the presentation!!
set kereta api haiwan untuk aktiviti mata dan tangan

4 set kereta api

polistrin dalam aneka bentuk untuk aktiviti pengamatan penglihatan

finish colouring process

beg tesco yang cutu utk simpan bahan-bahan projek
contoh kereta api