Akhirnya aku pulang jua ke sarang selepas beberapa hari terbang mengembara ke negeri orang. Rumahku syurgaku. Ambil masa di sarang ini untuk berehat. Hirup udara segar sambil berkasih mesra dengan ibu dan ayah. Hanya aku seorang sahaja dirumah. Tiada abang tiada adik. Semua sedang berjihad di medan ilmu. Aku juga akan teruskan perjuangan di sana cuma ambil masa singgah di sarang tercinta. Sunyi rumah tanpa kelibat abang dan adik adik namun apakan daya. Aku hanya diam membisu pada kebanyakan masa. Laptop , tablet dan tv saja buat peneman sejati. Tawa ibu , cerita ayah itu yang kutagih untuk memecahkan kesunyian ini. Oh, indah sungguh sarang ini. Aku sayang sarang ini. Hari ini , esok dan selamanya.
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment