Rasa indah yang fitrah bagi setiap ciptaan Tuhan adalah rasa kasih dan sayang kepada yang lain. Bermula dari kasih kepada ibu dan bapa , ia akan beralih kepada kasih dan cinta kepada individu yang berlainan jantina. Lelaki akan mula menyayangi perempuan dan begitu juga yang perempuan. Perasaan kasih ini berbeza daripada yang diterima dan dicurahkan oleh ibu bapa.Ia memberi kekuatan , semangat dan kelainan kepada individu yang kadangkala membawa kepada suatu perubahan yang drastik terhadap sikap dan etika seseorang. Satu ikatan yang amat kuat dirasakan oleh pasangan yang berkasih sayang dan ia selalunya ditakrifkan sebagai CINTA.
Dibuai oleh gelora cinta yang mengalir deras dalam darah dan tubuh seseorang individu, ramai dalam kalangan kita leka dan mabuk dengan kenikmatan yang sementara itu. Agen komunikasi yang mudah diakses seperti‘sms’ dan ‘chatting’ menjadi saluran utama dalam menzahirkan kasih sayang yang wujud dalam diri. Pagi , petang dan malam . Tiada henti dan semacam tiada kebosanan yang wujud dalam diri hasil tamparan nikmat cinta yang dialami. Kemudahan yang sepatutnya menjadi pemudah cara telah dijadikan satu kewajipan. Kadar berhubungan yang sederhana telah menjadi berlebih-lebihan dan membuka kepada kemaksiatan yang tidak pernah difikirkan sebelumnya.
Tahukah kalian wahai teman, inilah dunia yang sedang kita lalui. Cinta dizahirkan dengan sms , berpasang-pasangan secara tidak sah ( couple ) dan dilampiaskan dengan nafsu di ranjang. Budaya barat yang dulunya dianggap sebagai budaya kuning atau merosakkan tamadun kini menjadi ikutan dan kebanggan oleh golongan muda mudi. Apa yang membezakan kita dan mereka? Saat ini dengan kebanjiran jumlah anak luar nikah yang meningkat dan kejahilan yang melanda penganut agama Islam, boleh dikatakan bahawa kebanyakkan kita hampir sama atau sama dengan mereka ( yahudi dan nasrani ). Aduhai , malangnya dan malunya kita sebagai umat nabi muhammad yang merupakan umat terbaik yang dilahirkan dan dijadikan oleh Allah.
Perbincangan mengenai isu ini yakni cinta , couple , zina , dan bangga akan maksiat yang dilakukan amat mudah kita perolehi dalam dunia siber dan laman sosial. Artikel-artikel yang berkaitan telah memberikan penerangan yang jelas terhadap isu ini. Namun , lihatlah dunia realiti dan sekeliling kita, apakah saranan dan hukum yang telah ditetapkan diterima dan dilaksanakan . Jelas ! Kata-kata hanya sebagai manisan bibir yang layak dan mampu diperkatakan oleh sesiapa sahaja.
Asasnya , kita yang mampu mengubah. Tiada yang mampu membawa perubahan melainkan diri kita sendiri. Kesedaran dan prinsip kita terhadap cinta yang lurus dan benar yakni cinta kepada allah, rasul dan ibu bapa perlu ada dalam diri setiap individu. Cinta antara berlainan jantina pula perlu diikat dengan pernikahan dan tanggungjawab yang menjadi kewajipan sesama pasangan bercinta. Tidak salah mempunyai perasaan kasih dan sayang kerana ianya fitrah namun bagaimana ia dizahirkan dan dicurahkan perlulah mengikut kepada ajaran agama Islam yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.Perlu diingatkan bahawa kita penentu generasi yang akan datang. Akan lahirkah generasi Ulul Albab seandainya dunia yang wujud berada dalam kegelapan dosa dan kemasiatan disana sini?Fikir-fikirkan dan ambillah langkah mulai saat ini.
Wahai pemuda dan pemudi, pasakkan dirimu dengan iman .Zahirkan kecintaanmu dengan ibadah kepada Allah.Jadikan Rasul contoh ikutan dalam segenap aspek. Hayati sirah-sirah nabi , sahabat dan wali-wali Allah agar istiqamah dan perjuangan kita sentiasa berterusan. Insyaallah, soal hati mampu kita tangani sebaiknya. Andai pernah jatuh, andai pernah tewas dalam prinsipmu , bangkitlah . Pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat kita. Lihatlah kemaksiatan sebagai bahan bakar neraka agar kita berusaha sebaik mungkin untuk menjauhkannya. Ya, kita perlu melihatnya sedemikiaan rupa agar ketulusan dan kecintaan yang sebenar dapat diperlihatkan.
Berusahalah untuk cinta sebenarmu berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Pasti .Kita akan temui yang terbaik buat diri ini kerana janji Allah itu pasti.
**aku juga sedang berjuang..andai gagal jangan hina diriku , tetapi bimbinglah dan nasihatkan aku kerna aku juga remaja seperti kalian..selalu tewas tapi hak allah tidak boleh dinafikan oleh hamba yang tak mampu mengubah kewajipan dan hukum yang telah ditetapkan.
2 comments:
Moga hidayah Allah menjadi milikmu, ya sodiqati.
amin..
Post a Comment