Wednesday, June 29, 2011

Mudah tapi Sukar..

MUDAH untuk ku temui ULAMA yang mempunyai jutaan ilmu, yang punya ribuan kitab diperpustakaan dan dadanya, punya hafalan al quran dan hadis di akalnya.namun, SUKAR untuk ku temui ulama yang SIQAH..

MUDAH bagi lidah serta lisanmu menuturkan kata-kata nasihat ,ayat-ayat ALLAH , hadis-hadis Nabi, tapi SUKAR ku lihat dan temui mereka yang melaksanakan apa yang diperkatakan...

MUDAH untukmu menghukum dosa dan kesalahan  orang lain, namun SUKAR bagimu untuk mengisi malam dengan muhasabah diri dan taubat menghadap ILLAHI...

MUDAH kamu habiskan masa membaca buku komik dan novel , tapi SUKAR bagimu untuk menghabiskan sebaris ayat AL QURAN..

MUDAH bagimu berjalan dan menuju ke pusat-pusat hiburan dan pusat membeli belah , tapi SUKAR untukmu melangkah ke RUMAH ALLAH yakni Masjid untuk menghadapnya...
 
MUDAH bagi dirimu untuk menghabiskan harta dan duitmu untuk berhibur , tapi SUKAR dirimu untuk bersedekah dan menafkahkannya kepada yang berhak untuknya...
MUDAH bagimu menghafal bait-bait kata pelakon dan lirik lagu, namun SUKAR bagimu untuk menghafal ayat AL QURAN dan HADIS..
 
MUDAH bagimu memperkatakan ISLAM itu mudah !! tapi SUKAR buat dirimu untuk melaksanakan tuntutan dan larangan yang terkandung padanya...
 

Monday, June 27, 2011

jika telah tiba masanya

izinkan ku ketuk pintu hatimu

Sunday, June 26, 2011

Today's Word!!

Saturday, June 25, 2011

kahwin awal ?? muda lagi lah!!

Pada suatu hari Ahmad memasuki butik Coach. Terasa asing apabila dia melihat begitu ramai wanita di dalam kedai tersebut. Dia merasakan deria lelakinya tidak dapat membantunya untuk memilih beg tangan yang cantik untuk umminya. Lalu dia terserempak dengan Nur.
Nur: Biar benor! AHMAD!!!

Hampir semua orang dalam kedai itu memandang Ahmad.

Ahmad: Oit, apa jerit-jerit ni? Malu ar.

Nur: Sori-sori. Aku cuma terkejut je nampak ko dalam kedai camni. Oh ye, lupa bagi salam. Assalamualaikum!

Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah. Ha, alang-alang ko ada kat sini boleh tak ko tolong ajar aku camne nak pilih beg tangan yang cantik-cantik? Ini bukan bidang aku la.

Nur: No hal. Kalau nak beli beg tangan ni, kita tengok material, size, ngan style.

Ahmad: Wow, spoken like an expert.

Nur: Of course!

Ahmad: Okay, aku rasa nak amik yang fabrik je kot. Size tak nak besar sangat. Style pulak...hmmm, yang ni susah sket. Orangnya simple-simple je. Takde la suka berhias lebih-lebih sangat.

Nur: Ko nak beli untuk girlfriend ko ke nih?

Ahmad: Pergh, soalan kiamat!

Nur: Amboi, dramatik habis!

Ahmad: Haha, gurau je. Nur, aku mana ada girlfriend. This is for my lovely mother.

Nur: Oh, untuk Mother's Day ek?

Ahmad: Mother's Day dah dekat ke? Tak tau plak. Ha, ngam-ngam la aku beli beg nih.

Nur: [Berfikir sekejap] Ko memang takde girlfriend ek?

Ahmad: Yup, tak de.

Nur: Aku tak caya la.

Ahmad: Astaghfirullah, aku tak tipu la. Buat ape aku nak girlfriend bila Allah ada sediakan alternatif yang lagi baik kat aku?

Nur: Apa alternatifnya?

Ahmad: Seorang isteri.

Nur: Hai, dah pikir nak kawen dah? Ko muda lagi lah!

Ahmad: Oh, ye ke?

Nur: Ye la. Kalu nak kawen pun tunggu la umur ko 30 ke or akhir 20-an ke. Baru la sesuai. Skang ko muda lagi.

Ahmad: Aku tak tau plak. Hmm...apa pulak umur yang sesuai untuk aku dapatkan girlfriend?

Nur: Ha, apa yang ko mengarut ni?

Ahmad: Ye la, tadi ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berkawen tapi takde plak ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berzina.

Senyap sebentar.

Nur: Err, aku rasa beg ni sesuai untuk mak ko.

Ahmad: [Senyum]

----------
Inspired by a real conversation I once had with a friend.

** di copy dari blog  http://www.aimanazlan.com/...
***moga diriku kuat untuk menjadi muslim yang single sampai tiba saatnya untuk berpasangan..amin...
***tiada niat untuk mengguris mana2 pihak sekadar perkongsian bersama untuk diambil iktibar dan difikirkan bersama

Wednesday, June 22, 2011

Cinta dan Kita

            Rasa indah yang fitrah bagi setiap ciptaan Tuhan adalah rasa kasih dan sayang kepada yang lain. Bermula  dari kasih kepada ibu dan bapa , ia akan beralih kepada kasih dan cinta kepada individu yang berlainan jantina. Lelaki akan mula menyayangi perempuan dan begitu juga yang perempuan. Perasaan kasih ini berbeza daripada yang diterima dan dicurahkan oleh ibu bapa.Ia memberi kekuatan , semangat dan kelainan kepada individu yang kadangkala membawa kepada suatu perubahan yang drastik terhadap sikap dan etika seseorang. Satu ikatan yang amat kuat dirasakan oleh pasangan yang berkasih sayang dan ia selalunya ditakrifkan sebagai CINTA.
            Dibuai oleh gelora cinta yang mengalir deras dalam darah dan tubuh seseorang individu, ramai dalam kalangan kita leka dan mabuk dengan kenikmatan yang sementara itu. Agen komunikasi yang mudah diakses seperti‘sms’ dan ‘chatting’ menjadi saluran utama dalam menzahirkan kasih sayang yang wujud dalam diri. Pagi , petang dan malam . Tiada henti dan semacam tiada kebosanan yang wujud dalam diri hasil tamparan nikmat cinta yang dialami. Kemudahan yang sepatutnya menjadi pemudah cara telah dijadikan satu kewajipan. Kadar berhubungan yang sederhana telah menjadi berlebih-lebihan dan membuka kepada kemaksiatan yang tidak pernah difikirkan sebelumnya.
            Tahukah kalian wahai teman, inilah dunia yang sedang kita lalui. Cinta dizahirkan dengan sms , berpasang-pasangan secara tidak sah ( couple ) dan dilampiaskan dengan nafsu di ranjang. Budaya barat yang dulunya dianggap sebagai budaya kuning atau merosakkan tamadun kini menjadi ikutan dan kebanggan oleh golongan muda mudi. Apa yang membezakan kita dan mereka? Saat ini dengan kebanjiran jumlah anak luar nikah yang meningkat dan kejahilan yang melanda penganut agama Islam, boleh dikatakan bahawa kebanyakkan kita hampir sama atau sama dengan mereka ( yahudi dan nasrani ). Aduhai , malangnya dan malunya kita sebagai umat nabi muhammad yang merupakan umat terbaik yang dilahirkan dan dijadikan oleh Allah.
            Perbincangan mengenai isu ini yakni cinta , couple , zina , dan bangga akan maksiat yang dilakukan amat mudah kita perolehi dalam dunia siber dan laman sosial. Artikel-artikel yang berkaitan telah memberikan penerangan yang jelas terhadap isu ini. Namun , lihatlah dunia realiti dan sekeliling kita, apakah saranan dan hukum yang telah ditetapkan diterima dan dilaksanakan . Jelas ! Kata-kata hanya sebagai manisan bibir yang layak dan mampu diperkatakan oleh sesiapa sahaja.
            Asasnya , kita yang mampu mengubah. Tiada yang mampu membawa perubahan melainkan diri kita sendiri. Kesedaran dan prinsip kita terhadap cinta yang lurus dan benar yakni cinta kepada allah, rasul dan ibu bapa perlu ada dalam diri setiap individu. Cinta antara berlainan jantina pula perlu diikat dengan pernikahan dan tanggungjawab yang menjadi kewajipan sesama pasangan bercinta. Tidak salah mempunyai perasaan kasih dan sayang kerana ianya fitrah namun bagaimana ia dizahirkan dan dicurahkan perlulah mengikut kepada ajaran agama Islam yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.Perlu diingatkan bahawa kita penentu generasi yang akan datang. Akan lahirkah generasi Ulul Albab seandainya dunia yang wujud berada dalam kegelapan dosa dan kemasiatan disana sini?Fikir-fikirkan dan ambillah langkah mulai saat ini.
            Wahai pemuda dan pemudi, pasakkan dirimu dengan iman .Zahirkan kecintaanmu dengan ibadah kepada Allah.Jadikan Rasul contoh ikutan dalam segenap aspek. Hayati sirah-sirah nabi , sahabat dan wali-wali Allah agar istiqamah dan perjuangan kita sentiasa berterusan. Insyaallah, soal hati mampu kita tangani sebaiknya. Andai pernah jatuh, andai pernah tewas dalam prinsipmu , bangkitlah . Pintu taubat Allah sentiasa terbuka buat kita. Lihatlah kemaksiatan sebagai bahan bakar neraka agar kita berusaha sebaik mungkin untuk menjauhkannya. Ya, kita perlu melihatnya sedemikiaan rupa agar ketulusan dan kecintaan yang sebenar dapat diperlihatkan.
Berusahalah untuk cinta sebenarmu berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Pasti .Kita akan temui yang terbaik buat diri ini  kerana janji Allah itu pasti.


**aku juga sedang berjuang..andai gagal jangan hina diriku , tetapi bimbinglah dan nasihatkan aku kerna aku juga remaja seperti kalian..selalu tewas tapi hak allah tidak boleh dinafikan oleh hamba yang tak mampu mengubah kewajipan dan hukum yang telah ditetapkan.


Tuesday, June 21, 2011

Single???


** taken from dirikudrcinta.blogspot.com ( dah dapat kebenaran ) tq dr.cinta :)

Monday, June 20, 2011

my life today :


Sunday, June 19, 2011

selamat datang!!


selamat datang kepada freshie ke IPG KPI...moga anda akan menjadi guru yang cemerlang pada masa hadapan.penuhi masa anda di maktab dengan aktiviti yang menarik dan pelbagai. lihat sesuatu luar dari kotak pemikiran anda dan jangan sesekali menjadi katak dibawah longkang .selamat belajar untuk 5 tahun 6 bulan..

Monday, June 13, 2011

wabak e coli??ke salah eja??e-colai?e-kolai?e-coly??e-bra??

wabak terbaru yang menyerang dunia sekarang ini ialah wabak e coli...ia merupakn bakteria yang terdapt pada mkanan..kewujudan bakteria e-coli boleh menyebabkn muntah-muntah yang teruk ,cirit birt dan kekejangan perut..

namun , yang lebih pelik lagi mengenai virus ini ialah pada sebutan namanya..e coli??sebutannyer e kolai..kalo bakunyer e coli =e bra??? pikir -pikir kan..haha
bakteria e coli

Monday, June 6, 2011

Fixie

Jalan-jalan dekat web , teringat pulak nak tengak tentang basikal fixie.Macam berminat nak beli tapi rasa macam kehendak je sebabnye naik moto lagi cepat..nak kayuh kalau takder geng pun tak best..kene ada geng baru syok..so , ni lah fixie nyer~

i like white ..smart
  ** upload satu pic je lah..nak tahu lebih banyk..apa kata google sendiri :)

Wednesday, June 1, 2011

ragam SI PEMBELI KERETA

hari ni nak citer tentang ragam rakyat 1 malaysia dalam membeli kereta..secara umumnya ada 3 ragam..

pertama :

Bangsa M
 aloo..tauke , apa kereta bagus??ini honda ka??berapa harga??kasi murah sikit lah!kereta sama mcm ini honda tapi harga paling rendah ada??:)

Bangsa C
aloo..tauke..itu keleta mitsubishi ada ka??itu lancer..ada ka??belapa boleh pegi ini keleta??200km/h boleh ka??itu speed paling laju berapa??u suggest keleta apa paling laju??suggest yg bagus2 lah..wa angkat saja..harga belakang kira..

Bangsa I
aloo.tauke..kereta ni berapa boleh isi??7 orang boleh ka??harga berapa??ini boleh muat 2 famili tak??

itulah 3 ragam utama rakyat Malaysia dalam membeli kereta..ada yang tengok harga, ada yang tengok kelajuan. ada yang tengok muatan ..jadi. anda diluar sana..anda membeli kereta berdasarkan apa?? ^_^