Monday, May 30, 2011

Teka Teki Double Meaning

Dulu waktu kecil-kecil ,zaman kanak-kanak ribena selalu men teka teki..teka teki yang paling femes ialah

1.teka teki teka tekuk, ular apa dalam periuk??
2.banyak-banyak haiwan,haiwan apa yang kedekut?

betul tak??tu teka teki yang popular masa 10-13 tahun dulu kan?tapi skrg susah dah nak jumpa teka teki yang begitu.sekarang teka teki double meaning.tapi still teka teki.cuma dalam menjawab teka teki.anda kene sucikan pemikiran dan jauhkan dari pemikiran 18 sx.

kalo anda memang benar-benar seorang yang suci pemikirannya, maka tidak akan terpikir double meaning tuh..  
( nda pun pikir meaning laen ye??haaaaa...apa yang anda pikir tu??hehe)tapi sebagai langkah selamat, anda hanya digalakkan untuk memberi teka teki ini kepada insan2 yang berumor 18 tahun ke atas, kalo 18 tahun ke bawah , nanti cepat je kanak-kank tuh terpengaruh dengan bende2 yang tak baik.

okeh , ni dia antara koleksi teka teki double meaning.

1.Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya. Apakah ia??
2.Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk..apakah ia??
3.Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat puas pegang buah..apakah ia??
jawapan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1. orang main seruling
2.masukkan benang dalam jarum
3.orang panjat dan ambil buah kelapa

**ada sesiapa yang pikir jawapan yang pelik2??haaa..sila rendam diri anda dalam air basuhan klorox utk 3 ari 3 malam supaya anda dapat disucikan semula..
**entri ini hanya utk suka-suka..:)

Monday, May 23, 2011

Jom Join Rm30 Topup Giveaway Oleh Budak Botak... (",)

rasanya dah lama tak join contest..pernah join dulu pun tapi tak lucky lah. i'm not a lucky person actually..so..kali ni join contest yang dianjurkan oleh Budak Botak. Slalu jugak singgah blog beliau..banyak maklumat kat sane sebenarnya..dah blog feveret singgah so tak tau lah nk roger cmne kat semua sebb mmg kalau online mesti nak cek entri brother botak..so, apa-apa hal apa kata cek it out by urself..-rasanya semua mmg dah kenal dan tau kot-

blog budak botak ni banyak bagi info tentang hal semasa sebenrnya..ada yang menarik , lawak dan ada yang amat berguna..contohnya macam mana nak naikkan traffic blog..so boleh la ak  jadi femes,,haha(entri tah apa2 n tak da kualiti perasan nak femes. ).

perkara yang menarik bagi aku tentang blog budak budak ialah..lihat di bawah!!

header beliau amatlah menarik mata ku dan cute so much!!
so..lawat-lawat blog beliau ye..n gtau brader botak yang ak yg kenalkan korang kat beliau..jgn lupe tuh..chill..

Yakitate Japan

Sekarang tenga gila tengok anime Yakitate Japan( padahal tengah musim exam). Citer ni dah lama ada cuma aku je lambat tgk.
Sinopsis citer ni ialah seorang budak bernama Azuma Kazuma ingin menjadi raja kepada segala raja roti dengan mengeluarkan sendiri roti yang diberi nama Japan ##.. macam-macam roti dibuat oleh Azuma dan ianya dinamakan Japan dan diikuti dengan nombor..contoh Japan #51.Citer ni menunjukkan fantasi yang tinggi dan membolehkan penonton terliur dan akan rasa lapar!!haha..Azuma bekerja dibawah syarikat bernama Pantasia.Beliau dan ahli kumpulannya berusaha segigih boleh untuk menjadi pembuat roti terbaik dunia.


Yakitate Japan **image from google

Sunday, May 22, 2011

Palestine..How Much Do U Care Bout It..

1948!!u must know and realise it impact to Palasteni..it a 'nukbah'...it about the the third holy land of Islam..What ur contribution to make it ours ( ISLAM) again??remember that you will be ask bout ut!!at least...du'a ..

no safe place in palastine..children , woman being kill everyday



palestine territory become smaller.
israel girl give her signature at the bom.who is the real terrorist??


                            **pictures taken from google..

Saturday, May 21, 2011

Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..

Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaqfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..


Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan rakan saya kepada saya ini :- ..

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..

Wallahu 'alam.
 
**ini ialah entri copy paste dari naurahalwani.blogspot.com..=)
 
entri ni mmg kene sangat dengan kita semua..nak jadi baik ke..nak jadi nakal??haa...fikr-fikirkan..

muka buku @ fesbuk dan spam

bila nak exam sepatotnye mengadap buku tapi aku pulak sebaliknya,banyak selak dan menaip di muka buka je.isi buku tah bila la nak buka dan baca..apa yang ak buat pagi , ptg , mlm dan bangun balik pagi esoknya ialah muka buku@fesbuk je..aduhai..bazirnya masa aku..-sedar tapi tak dpt nk berubh lagi-

so.apa yang kalian tentang fesbuk skrg ini??perasan tak peminat setia fesbuk dan penghabis masa di facebok bahawa sekarang ini fesbuk dah mkin ''senile'' dan bnyk sgt ''spam'' nyer..aku pun tak tahu kenapa..dan isu yang paling tak boleh blah ialah banyak akaun fesbuk di'hack''..sapa yang hack..tentulah...''HACKER''..yang jadi mangsa...pemilik akaun tu lah.sbbnya perlu menanggung malu dek video2 yang tah apa-apa dan status pelik-pelik yang dihantar ke 'wall'' org len..

so inilah ''spam'' yang makin banyak tuh...-ni sample je- nak lebih??buka fesbuk anda..hehe=)


**entri ini adalah pemikiran peribadi penulis khesahchentaku(^_^)

Friday, May 20, 2011

Cara2 Jawab Exam

okeh..disebabkan minggu ni dan minggu depan dalam exam mood.so,nk share tips2 jawab exam dengan semua ( ada ke org bace blog aku nih?? =.=''..jom hayati tips2 ini..
1. Pastikan anda mempunyai pen,pensil, pembaris dan pemadam terutamanya pelajar LELAKI -sebabnya kebanyakkan daripada pelajar lelaki hanya memiliki sebatang pen untuk satu semester yang dilalui..waktu exam pembaris tiada so gune ic je sebagai pembaris..kan3??pemadaam tiada so hitamkan dua jawapan??dan pensil tiada hitamkan guna pen??
2. Pastikan anda menggosok pakaian untuk ke dewan exam -penting untuk penampilan kerana anda akan berhadapan dengan berpuluh-puluh dan beratus2 boys ensem dan aweks cantik..inilah masa nak jumpa ramai org kan??
3. Apabila telah masuk ke dalam dewan peperiksaan, angkat tangan untuk meminta kertas tambahan..ini untuk psiko dan seandainya anda tidak dapat menjawab , anda ada ruang kosong untuk melukis gambar2 yang anda inginkan..
4. Buka kertas soalan dan ketawa dan senyum tersipu2..ini untuk buat calon peperiksaan disebelah anda merasakan anda mendapat soalan spot..so , mereka akan tertekan dan anda akan berjaya menang perang psikologi..
5. Jawab mengikut arahan ..jika menggunakan perkataan ''jelaskan'' maka ambil highlight anda dan jelaskan jawapan yang ditulis supaya pemerika nampak anda telah menjelaskan perkataan tersebut.
6. Seandainya anda tersangkut pada mana2 soalan, lompat pada soalan yang seterusnya..jika gagal juga..lompat ke meja sebelah untuk mendapatkan jawapan daripada kawan2 anda..
7. Apabila telah selesai menjawab, duduk dengan ''cool''nye seolah-olah anda merupakan seorang yang excelent.
8. Sebaik keluar dewan peperiksaan , jangan bincang soalan apatah lagi jawapan kerana untuk mengelakkan anda terkena serangan sakit jantung.
9. Akhir sekali, ulang langkah-langkah diatas untuk setiap peperiksaan yang anda duduki.

Selamat Mencuba

ada jugk soklan mcm ni..x dah terang lagi nyatak kat situ
buat nota ''kaki'' di tangan

lukisan kreatif tatkala menjawab exam
**Entri ini sekadar suka-suki penulis blog khesahchentaku.....

Sunday, May 15, 2011

fall in love..( simptom-simptom)

siapa disini pernah jatuh cinta?angkat tangan dan angkat kaki...ramai je yang jatuh cinta sebenarnya sebab ianya fitrah.perasaan cinta itu tak boleh nak dipaksa dan dibuat-buat tapi ianya boleh dikawal.mari kenali simptom2 orang jatuh cinta.tidak kira cinta pandang pertama or cinta pandang banyak kali..yang pasti ia berbeza dengan cinta jatuh tangga(^_<)
Simptom-simptom orang jatuh / sedang bercinta :

1. dengan kawan2 apa pun tak boleh (nada jambu) tapi untuk beloved one semuanya boleh.( paling obvious)
2. handphone teman setia ( untuk kebanyakan orang yang berkapel )
3. kawan2 tak boleh buka henset dan teroka henset ( ada aje yang tak kesah tapi kebanyakkannya mengatakan privasi diganggu)
4. hati berbunga2 bila jumpa pasangannya / sampai muka boleh nmpak yang hatinya berbunga
5. bila nak berpisah dengan pasangan, mcm susah dan rasa boleh tak kalau tak berpisah ( elok letak gam uhu je kat badan mereka..hehe)
6. setiap perbuatan akan dilaporkan kepada pasangan mengalahkan laporan / berita tv
7. dating perkara wajib ( jumpa kat depan toilet pun ok )
8. bila pasangan  kol , akan sorok muka bawah bantal / bila kol diterima hilang dari pandangan kawan2
9. yang ganas akan jadi lembut, yang tomboy akan jadi gadis melayu terakhir
10. mula cerita tentang kahwin , jumlah anak2 dan berkenaan simpanan wang bersama
11. mula gatal2 nak guna word mama / papa, abg/ b , anje/ syg , abg/ syg
12. duit saya duit awak..duit awak duit saya..duit saya bukan duit mereka..
13. permintaan pasangan akan cuba dikabulkan walo terpaksa bergadai masa dan wang ringgit
14. saling doa mendoakan atau wish meng'wish'
15. akan kata 'awaklah cinta terakhir saya' atau 'sehidup semati' atau ' awak segalanya bagi saya' atau 'hidup saya tak lengkap tanpa awak'


itulah antara simptom2 bagi mereka yang awal-awal bercinta/kapel/seangkatan dengannya. maka, perhatikan kawan-kawan atau individu disekeliling anda (^_^)

*entri ini sekadar gurauan dan tidak ada kene mengena dgn yang hidup atau yang telah mati..ia sekadar suka2 si penulis khesahchentaku..

Wednesday, May 11, 2011

Kau , Aku , Mereka...KIta sama..

Suasana bagaimanakah lagi akan mampu melahirkan individu Islam yang betul-betul menghayati Islam sebagai agama anutan dan agama kehidupan?Hidup dalam negara Islam , dalam suasana Islam, mendapat pendidikan Islam secara rasmi sejak usia 7 tahun..membesar dan terus membesar dengan Islam di mana-mana sahaja..mengapa dikala ini sukar untuk aku menemukan seseorang yang benar2 menghayati dan mempraktikkan kata-kata dan ilmunya.
yang kutemui hanya mereka yang hanya pandai bersandiwara dengan kata-kata..Lantang memperjuangkan kebenaran dan ilmu yang dibawa,namun dalam pada masa yang sama ia melakukannya...terdetik pada hati ini..apalah rapuhnya nilai seorang pejuang sekarang ini..ya..mmg benar aku bukan daripada kalian, ak cuma penyokong kepada usaha-usaha kalian..bukan ak ingin menghentam usaha murni kalian menyebarkan dan menyampaikan syiar2 Islam dan usaha2 dakwah nabi..tapi..hati ini terkadang berputus asa kerana melihat kau ...semacam menelan kembali ludah dirimu ..
2Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.
                                                                                                                                 ( as saff : ayat 2 dan 3)

hmm...apakah generasi yang mendatang akan terus begini??bilakah ak akan kembali menemui insan yang benar-benar menghayati agamanya...bolehkah aku bertemu dengan al quran bergerak yang mampu mentarbiyahkan ak dan menasihati aku dengan ayat-ayat Tuhan kembali...sungguh..ak rindu dan mahu kembali pada alam persekolah yang kaya dengan dunia 'ulama' dan 'tarbiyah'...
ku mohon dan berharap..teman2 ku kini mampu membimbing diriku ini..yang kian lemah dan longlai dek lekakan dunia dan persekitaran yang kurang membina...bantu aku bangkit dalan dunia yang penuh dengan gelora jiwa ...


Friday, May 6, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

untuk adik2 dan kawan2 yang ada buat permohonan ke IPTA , semakan permohonan boleh dibuat dilaman web http://upu.mohe.gov.my/  bermula jam 12 tgh hari 6/5/2011.

gud luck ..
moga dapat universiti yang diidamkan..
yang tak dapat panggilan..
buat rayuan n doa banyak2..
peluang belajar dan berjaya ada dimana2..
insyaallah..

Tuesday, May 3, 2011

exam

minggu exam bermula..
mana skema jawapan??
cpt2 ak nak hafal ni..
yeah...itu realiti...

kalo tiada skema jawapan??
ngadap buku berejam-rejam..
adeh..tak sempat nk abeskan..
tu lah sapa suro ko maen2 dari awal semester..
padan muka ko..
haha..

so..so..so..
gud luck..
all da best...
moga dapat flying kaler...( waner merah??ke waner itam?)
study smart n hard..
exam 4 life..