kopok , batik dan penyu..itu cukup sinonim dengan negeri yang kaya dengan gas dan petroleum di Malaysia..Siapa yang tak boleh jawab?sila angkt tangan dan berikan saya wasiat terakhir.anda juga diminta utk meninggalkan negara ini..tak layak tinggal di Malaysia rasanya..
Terengganu.Itulah jawapannya dan destinasi yang dituju.pergi bersama ahli kelas.15 orang.3 buah kereta wira / saga blm / iswara..
Selasa 25 / 1 / 2011 : 2.30 ptg
itulah ketika dan waktu bertolak dari bandar baru bangi ke bandar TERENGGANU
1.15 pagi (Selasa)
tiba di Ajil..tujuan sebenar pemergian ke ganu tercapai..menghantar saudari najihah ke rumahnya untuk bertemu dengan keluarganya.ayahnya telah kembali ke rahmatullah dan selamat dikebumikan..al fatihah.
2.00 pagi
berhenti sebentar untuk mengisi perut yang lapar.menu : rojak mi ( komen : berbeza dan unik rojak mi buatan terengganu dengan kawasan selatan .bahan yang digunakan berbeza..rasa pun berbeza terutama pada kuah mi.tiada sengkuang malah digantikan dengan ayam.pertama kali makan rojak mi dengan ayam)
sekitar 3.00 pagi
tiba di rumah cik Huwaina.tempat persinggahan dan membersihkan diri utk ari yang akan dilalui.tido yng lena sehingga jam 6.10 pagi.
8.30 pagi
sarapan pagi .menu mihun ..makanan lain yang disediakan oleh mak kepada cik Huwaina : kopok lekor , nasi dagang ,kueh ..sedap!!..(^_<)
sekitar 9.15 pagi
bergerak pulang ke b.b. bangi..berhenti di kedai membuat kopok lekor
sekitar 10.00 pagi
berhenti sebentar di rumah atuk cik Fadiah..dihidangkan kopok lekor...layan~!!rasa ikan yang original!!
sekitar 1.00 ptg
tiupan angin dan bayu laut.mengirup udara laut di pesisir pantai
1.30 ptg
makan nasi kukus + ayam berempah..kali pertama jugak..ayah cik Bazz belanja..tq (^_^)perjalanan diteruskan..
sekitar 8 malam
berhenti di RnR Genting Sempah..solat dan makan .rehat..
pukul 10.35 mlm..
tiba di maktab..rehat dan terus tertido..
**catatan ringkas perjalanan ke Terengganu
**kali kedua ke terengganu selepas 7 tahun
**kali pertama memandu ke Terengganu..
(^_^) jom slalu jln2 ke negeri org..bnyk pengalaman dan pemandangan yang indah.