Thursday, August 15, 2013

Mesir Berdarah

Hari ini aku bangkit dari tidur dengan kesedihan dan sebak. Aku lihat di fb. Penuh dengan gambar dan berita semasa dari Mesir . Ramai yang mati ditembak, dibakar dan dibom. Aku yakin,dalam kalangan mereka ramai yang syahid. Yang tercedera tak dapat dibantu. Hospital dibakar. Perubatan di halang dari memberi bantuan. Allah. Apakah kejam dan zalim askar dan polis Mesir ini sendiri. Bertuhankan pemimpin kufar memang celaka.

Apa kita boleh buat ialah sedar dan doa. Bukalah fb, berita online. Lihat penderitaan dan gambar gambar kesan kezaliman pemimpin kufar harbi. Kejam sekejamnya. Hancur tengkorak kepala ditembak. Terbakar tubuh dibakar. Koyak rabak tubuh dihunus senjata tajam. Bergelimpangan dijalanan tidak dapat dibantu pasukan perubatan.

Dunia.lihatlah kekejaman ideologi sekular dan liberalisme ini. Datang dari Yahudi. Yahudi yang berlagak angkuh. Sungguh , sejak zaman nabi kau penentang terkuat. Pekak dan tuli pada hidayah.

For our muslim worldwide, recite doa and al fatihah for our mujahideen. Pray for them. Pray for Islam. Pray for peace.

Wednesday, August 14, 2013

Celaka buat kufar dan kezaliman

Dunia sekarang sudah gila. Zionis dan dajal bermaharajalela. Hiburan melekakan kita di sini tentang derita di sana. Mesir. Kaherah. Kau rejim kufar aku doakan kecelakaan buat kalian. Bunuh, fitnah , zalim dan kejam! Islam mahu bangkit dan kau cuba padam dengan peperangan. Silap. Api kebangkitan ini akan terus marak. Tunggu.

Mesir. Bersabarlah. Allah pasti membantumu. Kami umat islam seluruh dunia bersamamu.qunut nazilah sudah kedengaran di mana mana. Sedih kalian, derita kalian pasti dibalas.. islam. Islam. Islam. Moga kita tertegak kembali di bumi ini.

Hidup kau hidup kau,hidup aku hidup aku

Manusia hedonisme dan materialistik memang menjengkelkan. Hidupnya hanya untuk dirinya tanpa memikirkan sekeliling. Punya harta dan kesenangan dunia yang melekakan buat mereka jadi leka. Perasan bagus dan hebat padahal semua itu cuma pinjaman dan istidraj Tuhan bagi supaya kau lebih kufur. Kau minta sahaja dan pasti kau akan dapat. Pikirlah. Pikir. Kenapa kau dapat semua senang itu mudah mudah. Usaha kecil sahaja tapi besar balasan kau terima. Tak putus putus. Itu ujian.  Pikir!

Tuesday, August 13, 2013

Alpanya kita dalam berbahasa

Bercakap memang mudah. Sebab mulut itu dekat dengan otak. Lidah lancang bercakap. Patah demi patah perkataan kita ucap. Dusta , nista , benar dan separa benar. Kita ucap. Kadang kita jadi orang celaka. Nafi hak Tuhan. Bongkak. Kau tahu Tuhan benci manusia takabur kufur nikmat? Hari ini kita raya lagi. Baru 6 hari lepas kita mohon ampun maaf. Sekarang , dosa berlambak lambak kita kumpul lagi.Itulah raya kita.

Pertemuan

Lama tak bersua. 5 tahun. Waktu sekolah aku dan mereka hanya kenalan biasa. Berbual sama, bermain sama dan belajar sama. Tiada yang istimewa. Aku tiada teman rapat melainkan seorang. Hari Raya hari istimewa. Mereka datang tanpa makluman awal. Lima orang . Tak ramai tapi cukuplah untuk rasa gembira beraya. Mereka sudah berjaya. Bekerja. Punya visi dan misi yang berbeza. Harapnya,hubungan yang terjalin terus terjalin selamanya.Selamat Hari Raya.

Monday, August 12, 2013

Dua muka

Salahkah kita ada dua wajah. Satu manusia yang gila gila dan satu lagi yang skema tahap dewa. Situasi dan masyarakat yang buat kita jadi begitu. Orang akan kata, kenapa tak jadi diri sendiri sahaja? Saya mahu jadi gila gila tapi banyak keadaan tidak membenarkan. Kenapa? Sebab saya....

Aku dalam dilema. Ini aku. Kadang kadang aku lihat ramai manusia pun begitu. Ada ke yang tidak berpura pura. Masih ada?

Sunday, August 11, 2013

Malam

Malam . Gelap , sunyi dan aman. Waktu ini kita berfikir dan muhasabah. Baik ke buruk kita siang tadi. Apa manfaat dan apa celaka yang kita beri. Harapnya esok kita jadi lebih baik. Azam.

Raya 1434H

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin .
Aku silap dan kamu pun buat silap. Cumanya salah aku lebih banyak dan lebih teruk dari kamu.Aku x sempurna dan mustahil jadi sempurna. Penting diri, pikir gaya aku, dan utamakan sesuatu itu cara aku. Kalau kamu rasa x seteru, maafkan aku.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadan Menjelang Tiba

Ramadan kali ini moga menjadi titik perubahan buat seluruh umat Islam, Ia disambut saban tahun tetapi ibrah dan natijah yang diperoleh daripada tarbiyah sebulan itu biasanya hanya lapar dan dahaga, Bentuk badan yang kian ramping atau berat badan yang semakin berkurang sahaja merupakan kesan zahir yang diperoleh, Hebat. Itu sememangnya kesan positif ramadan yang mana kita perlu berpuasa makanan dan minuman sepanjang siang hari ramadan tersebut.
Apa yang perlu kita lakukan untuk Ramadan kali ini?
Ayuh teman dan kenalan, sama sama kita perbanyakkan membaca Al Quran, Bukan sahaja kita jadikan sebagai pembasah mulut malah perlu dan perlu kita fahami maksud disebaliknya. Membaca tanpa kefahaman boleh diibaratkan bagai burung kakaktua yang petah berkata dan mengajuk kata kata manusia. Hakikatnya, ia tidak mengetahui apa yang dipertuturkan.
Jadikan Ramadan kali ini sebagai perkhemahan ibadah yang ulung. Meriahkan malam malam Ramadan dengan tarawih dan  qiamulail.Jangan kita hangat membara pada 10 awal Ramadan namun adalah lebih baik jika kita terus istiqamah dan berterusan melakukan ibadah yang berupa solat-solat sunat. Berat untuk kita melakukan ibadah sekiranya azam dan keikhalasan tidak dipupuk dan disemai sejak awal menyambut bulan agung ini.
Lazimi melalukan masa yang berdetik pergi dengan beristigfar.Mohonlah dan panjatkanlah keampunan kepada Rabb yang Esa agar dosa dan kesilapan yang lalu diampunkan. Sungguh keampunan dan rahmat Allah pada bulan ini amatlah luas.
Sama sama kita berdoa agar dapat kita temui dan lalui Ramadan tahun ini dengan penuh manfaat dengan kebajikan dan amal soleh.

Thursday, June 6, 2013

Perbandingan

Hitam putih cerah gelap kaya miskin
Realiti memang mewujudkan perbandingan
Walau kita tidak mahu
Ia mencorakkan dunia dengan seribu satu warna

Dalam hitam ada cerita
Pada putih tersirat seribu makna
Tatkala cerah beribu terpesona
Dikala gelap ada sahaja cerita
Dia si kaya akan dipuja
Yang miskin selalu menjadi mangsa

Mengapa dan kenapa
Persoalan yang tak akan pernah terjawab
Subjektif yang merumitkan
Berbeda manusia berbeda jawapan
Jelas kita kenal beza itu
Hitam putih cerah gelap miskin kaya

Monday, June 3, 2013

Jalan pulang.

Compang camping kehidupan bisa mendewasakan
Perit jerih kesungguhan selalunya membuahkan hasil
Tapi terkadang gagal itu menjelma jua

Menangis lagi manusia kolot berpaksikan nafsu
Harta dan hiburan yang tak pernah cukup
Buas bagai harimau di hutan rimba
Tamak pada daging yang nan secebis.

Satu kalimah yang sudah lama disisihkan
Syukur.
Kurang manusia menyebutnya
Kurang dan kurang manusia menghayatinya,

Thursday, May 30, 2013

Kegilaan emosi

Aku gila dalam lautan emosi
Suka duka sengsara derita
Berkitar bagai hujan yang turun
Sejuk tatkala turunnya
Namun ribut dan taufan acapkali mengirinya
habis semuanya amanlah segala
Musnah itu kekal itu seketika masa.

Monday, March 4, 2013

Omelan #29

Banyak perkara yang terbuku dan terpahat dalam hati ini dan akan terus bersemadi bersama pergerakan masa dan zaman.Tak banyak boleh diluah.Jangan melukai tapi dilukai tidak mengapa. Kerana itu lebih aman dan terjaga bagiku. Moga aku kuat dan terus matang dalam mengurus dan menghadapi kehidupanku kini.

Tuesday, January 8, 2013

Omelan #28

Kadang kita perlu tinggalkan kesenangan dan kelapangan untuk kebaikan masa hadapan,
Aku mempersoal diri,
Mampukah aku hari ini kembali bersusah dan memberatkan diri ini,
Tanggungjawab,amanah, masalah dan liku liku ujian,
Terdayakah jasa dan mental ini mengharungi ini semua,
Moga kekuatan itu datang.

Monday, December 31, 2012

Omelan #27

Dan hari berlalu,
Membawa bersamanya memori seribu satu
Ada duka ada suka
Terpahat kekal dalam diri,
Sebagai kenangan dan pengalaman.

Moga tahun baru,
Beri sirna baru,
Tiada lagi suara tinggi,
Tiada lagi lentingan haru biru,
Sejujurnya aku sudah tidak terima lagi semua itu,
Dari seorang ibu sejak aku tingkatan satu.

Entah, kadang hati jadi pilu.
Aku tak mengajarmu dengan tengkingan dan lentingan.
Penuh lembut dan kebudian.
Mungkin itu benar dan mungkin itu silap.
Aku terperangkap dalam sangkar dilemma.

Friday, December 28, 2012

Omelan #26

Masa berlalu dan ia tak akan pernah berundur
Ia buat kita kian matang dan berusia
aku disini tidak akan pernah ada hak untuk mempertikai dan mempersoal
mungkin suratan takdir telah menentukan
aku kau mereka dan kita
berubah mengikut masa yang pantas berlalu.

Monday, December 24, 2012

Omelan #25

Hati ini rumit dan kompleks
Tuan hati juga gagal untuk memahami
Mana mungkin yang lain mengerti bila diri sendiri kabur dengan hati
Aku telan dan aku lalui.
Biar hati itu temui apa yang dicari
Dan hingga kini aku tak jua mengerti.

Saturday, December 15, 2012

Omelan #24

Dunia
adakah kau kejam kepadaku
atau aku insan yang tidak bersyukur
bolehkah aku mempersoal perkara itu dan ini
tidak bukan
aku perlu kuat dan sabar
teruskan langkah menongkah
moga sinar itu tidak hilang

Tuesday, December 11, 2012

Omelan #23

sejuk angin dingin pagi aku redah tiap hari ,
untuk wang guna dunia hari ini ,
aku penat dan lelah ,
aku tolak tepi sengsara dan derita ,
lihat kau gembira ke sana ke mari bersama keluarga,
penat kau sebab kegembiraan ,
penat aku sebab wang.
ada masa aku lelah ,
aku tak terlarat melayan karenahmu ,
kau minta difahami ,
kenapa aku kau tidak cuba memahami.

bukan aku mempersalahkan ,
tiada apa salah tentangnya ,
cuma penat kita berbeza ,
dan kadang buat aku kecewa ,
bila kau menyamakan.

aku orang susah ,
tak punya harta dan kesenangan ,
dulu kini dan mungkin selamanya,
apa yang aku ingin semuanya hasil usaha sndiri ,
aku x punya permintaan tinggi ,
cuma minta kau bersyukur dengan hidupmu ,
kau tidak duduk ditempatku .

mungkin susah yang kau rasa itu sudah cukup susah ,
tapi sedarlah ,
aku juga rasa aku sudah cukup susah dgn hidupku ,
sedangkan ratusan dan jutaan insan punya hidup yang lebih sukar dari aku.
dimana nilai syukur.

tatkala lafaz penat aku lafaz ,
aku maksudkan dengan perincian ,
aku bekerja keras untuk hidup aku ,
boleh kau jadi penghibur aku?
bukan tambah kepenatan aku.
aku mahu kau disisi sebagai bidadari.
buat menghiasi fitrah manusiawi.

mungkin kataku ini kau salah tafsir,
kau akan fikir itu dan ini ,
cuma aku mahu kau tahu ,
tak mahu aku pendam ini dan menjadi barah ,
hanya untuk aku kecapi kelepasan diri.
bahagia,gembira dan puas dengan hidup aku sendiri.

Thursday, December 6, 2012

Omelan #22

Kadang hati ini berbicara , aku mahu seperti mereka.
Kadang hati ini memberontak , aku mahu apa yang mereka ada.
Kadang hati ini menangis , kenapa aku tidak seperti mereka.
Kadang hati ini sugul , kenapa aku tak kecapi apa yg mereka kecapi.
Namun , bicara hati tak semua boleh diikuti.
Hati. Terimalah dan bersyukurlah dengan hidup ini.