Ramadan kali ini moga menjadi titik perubahan buat seluruh umat Islam, Ia disambut saban tahun tetapi ibrah dan natijah yang diperoleh daripada tarbiyah sebulan itu biasanya hanya lapar dan dahaga, Bentuk badan yang kian ramping atau berat badan yang semakin berkurang sahaja merupakan kesan zahir yang diperoleh, Hebat. Itu sememangnya kesan positif ramadan yang mana kita perlu berpuasa makanan dan minuman sepanjang siang hari ramadan tersebut.
Apa yang perlu kita lakukan untuk Ramadan kali ini?
Ayuh teman dan kenalan, sama sama kita perbanyakkan membaca Al Quran, Bukan sahaja kita jadikan sebagai pembasah mulut malah perlu dan perlu kita fahami maksud disebaliknya. Membaca tanpa kefahaman boleh diibaratkan bagai burung kakaktua yang petah berkata dan mengajuk kata kata manusia. Hakikatnya, ia tidak mengetahui apa yang dipertuturkan.
Jadikan Ramadan kali ini sebagai perkhemahan ibadah yang ulung. Meriahkan malam malam Ramadan dengan tarawih dan qiamulail.Jangan kita hangat membara pada 10 awal Ramadan namun adalah lebih baik jika kita terus istiqamah dan berterusan melakukan ibadah yang berupa solat-solat sunat. Berat untuk kita melakukan ibadah sekiranya azam dan keikhalasan tidak dipupuk dan disemai sejak awal menyambut bulan agung ini.
Lazimi melalukan masa yang berdetik pergi dengan beristigfar.Mohonlah dan panjatkanlah keampunan kepada Rabb yang Esa agar dosa dan kesilapan yang lalu diampunkan. Sungguh keampunan dan rahmat Allah pada bulan ini amatlah luas.
Sama sama kita berdoa agar dapat kita temui dan lalui Ramadan tahun ini dengan penuh manfaat dengan kebajikan dan amal soleh.
Tuesday, July 9, 2013
Ramadan Menjelang Tiba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment