Saturday, February 26, 2011

khesah lama..

hati ini terguris mengenang kisah lama..retak seribu..hanya tuhan yang tahu..

Saturday, February 19, 2011

Start your New year with a brand gadget whether you're upgrading or changing it cause the #CelcomEveryone sale is back!

Start your New year with a brand gadget whether you're upgrading or changing it cause the #CelcomEveryone sale is back!

loW yaT

dalam kesibukan membuat asgment , ketenangan dan hiburan juga diperlukan..jika perempuan obses pada fesyen dan kecantikan namun berbeza bagi lelaki.gadjet!!..itu yang menjadi perhatian..laptop , handphone , dslr , android smartphone..mp3..mp4..i phone..kesemua gadjet ini mesti akan dimiliki oleh remaja lelaki..jawapan mudah untuk mencarinya bagi penduduk Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ialah LOW YAT..perlu bijak dan berhati-hati membuat pilihan dan pembelian di sana..gelojoh..kabut..anda rugi kerana harga dan spesifikasi gadjet akan membuat anda menyesal di kemudian hari...
nasihat saya pada kawan-kawan yang ingin membeli gadjet di LOW YAT..sila sabar , berhati-hati , dan beli gadjet mengikut budjet anda..selamat beramal..hehe(^_^)

Thursday, February 17, 2011

awak..tlg saya.

minggu asgnment nih mmg memeningkan kepala saya.macam-macam nak buat .tapi tak terbuat jugak.nak cepat siap....awak...tlg buatkan asgnment saya..boleh???

Sunday, February 13, 2011

saya akan setia..


penat .tu yang boleh saya ungkapkan.tentang apa?buat asgnment..hehe..tapi kene terus buat..sbb saya akan setia untuk melakukan asgnment agar dapat beroleh kejayaan yang dicari.bia ombak melanda.ribut mahupun saya yang menjadi kabut.asgnment satu kemestian(btol ker statement nih?haha)..semangat-semangat..buat asgnment!!(^_<)

Saturday, February 12, 2011

awak yang saya tunggu!(^_^)

minggu yang ditunggu telah tiba.perutusan oleh pihak berwajib telah diedarkan dan telah sampai kepada rakyat jelata.penerangan oleh yb-yb yang bertanggungjawab mengikut kawasan telah diberikan kepada penduduk dengan kefahaman yang jelas dan nyata.tiada kompromi!!.maka dengan ini diumumkan minggu kerja kursus pendek dan kerja kursus berasaskan ilmu berilmu (KKP & KKBI )..semua rakyat akan sibuk dan blog ini tidak akan dikemaskini dengan kadar kekerapan yang maksima.arahan seperti di signboard JKR iaitu kesulitan amat dikesali untuk kemudahan masa hadapan dipraktikkan disini..

(^_^)

Tuesday, February 8, 2011

saYanG!! tapi ...

firdaus : saya sayang awak.
sofea   : tapi saya lagi sayangkan allah..
firdaus : diam dan bersedih saat kekasih yang bakal dinikahi pergi....


ini adalah skrip yang menarik bagi saya dalam cerita AKU MASIH DARA..
dan sebenarnya ,banyak lagi skrip yang saya suka dalam cerita ini..
melihat gadis semasa yang bersifat hedonisme membuat saya takut dengan dunia ini terutama saat bulan ditutup awan ..saya sangat berharap akan menemui gadis yang solehah agar dapat mengecapi cinta sempurna...saya mahu  akrab dengannya walo  kadang2 mcm  cartoon couple yang akan bertelingkah..saya mahu permission ''nikah'' dalam hubungan yang bakal dijalin supaya bahagia kita akan berkekalan dan dirahmati.(^_^)..itu sahaja harapan saya bila saat pintu hati ini terbuka kembali..

Monday, February 7, 2011

artis YoutubE

zaman sekarang nak jadi popular mudah ajer..pertama..rompak rumah orang dan kene tangkap.masuk surat khabar first page..then popular lah..kedua...anda jadi bintang AF , Malaysia Idol, tak pun tukang kacau dodol kampung,maka anda juga akan jadi popular...ketiga..anda keje kat kedai buku Popular,Popular la jugak,,haha..tapi...ada cara paling cepat yang tak melibatkan kos untuk jadi popular..iaitu dengan jadi artis youtube..(akan jadi percuma apabila anda sudah ada laptop/pc , broadband/stremyx dan yang pentg bakat!!)(^_^)
Bila sebut tentang artis / selebriti youtube nih, kat luar negara seperti US , UK , dan CHINA dah lama terkehadapan daripada kita semua..kita ajer yang baru nak masuk gear 3 dalam bab nih..tapi takper la kan..yang penting MALAYSIA BOLEH..1 MALAYSIA...ulang skali agy ..1...MALAYSIA...ramai yang nak jadi popular sebabnya nanti boleh buat duit poket..tak pun jadi sumber pendapatan utama..baik golongan terpelajar ataupun tak pandai belajar ..semua mahu jadi artis yang mula-mulanya tak dibayar..tapi ..bila dah popular.akan dipanggil untuk ditemubual ,maka akan dapatlah mata pencarian tambahan...jadi ..yang disana..ya..anda!!berminat??
Kawan sekolah dulu pun penah juga nak jadi artis youtube secara tak langsung..banyak juga hits video tuh.,.ribu-ribu juga..juz wat miming untuk lagu aspalela..nak tgk??nih link dy..''aspalela by irsyadian'' ..cuba la tgk..sumer kawan2 saya kat situ sebenarnya orang yang bijak-bijak..ader kat serata  dunia sekarang nih..bangganya(tetiber jer bangga..haha)
setahu saya, miming ni start bila ada pasangan dari China yang pakai baju merah kalo tak silap miming lagu omputih..then , mereka terus popular.sejak dari itu ,trend miming2 ni makin popular..anatara yang terpengaruh ialah..kawan-kawan sayalah..tapi takper..tu semua bakat terpendam..hihi..
ni antara selebriti youtube yang tgh hot sekarang nih(pada pendapat saya)..
1.Ana raffali (kalo saya salah ,betulkan)
5??anda..hehe

so,sampai sini ajer celoteh saya dipagi hari..c u guys later..(^_^)-ader ke pembaca nih??haha..perasan jer lebeyh...haha


Saturday, February 5, 2011

angau..!!!

Lama sudah tak angau!!malam nak tido pun teringat-ingat kat awak.nak mesej tapi angau tak berbalas sebab tak dapat pandang awak..nak lelap mata baru lah nampk awak.itupun samar-samar sebab awak cuma banyangan dalam kegelapan malam saya.bangun jer tidur, terus teringat kat awak.aty sedih sangat.nak sajer memiliki awak dalam masa terdekat ini..aritu saya dah pergi jumpa awak.tapi awak jual mahal depan saya.saya malu nak merayu-merayu menagih untuk dapatkan awak sebab saya  nak tanggung diri ini pun cukup-cukup makan ajer.nanti dah ada awak .tak dapat lah saya nak enjoy-enjoy sangat.terpaksa lah berjimat sana sini.awak cantik tau tak.idaman laki-laki.awak pandai berfesyen.lembut jer awak.senangg aty saya lihat.untung saya andai dapat memiliki awak.awak...saya sangat2 nak memiliki awak !!bila saya dapat awak , saya janji akan sayang awak sangat2,setia kat awak..saya tak kan cari yang lain dah..saya janji saya akan jaga awak sebaiknya.segala yang saya wat,saya tak kan tinggalkan awak..sebabnya awak yang saya tunggu dan idam-idamkan selama ini..vivaz pro.....(^_^)

Thursday, February 3, 2011

kereTA maLAysIa heBat!!

Dari zaman kanak-kanak sampailah ke saat ini , masyarakat di sekeliling saya akan menyatakan bahawa kenderaan Malaysia tidak bagus , kualiti rendah , design tak menarik dan mudah rosak..tapi..tup ..tap..tup..tap...mereka pakai dan guna juga kereta Malaysia..Boleh jadi dari syarikat Proton atau Perodua..Selepas dah gunakan barulah mereka-mereka ini mengetahui kelebihan dan kekurangan kereta rekaan rakyat tempatan..Boleh ajer redah ke utara dan selatan ,mahupun timur ke barat..kerap juga dijadikan sebagai kereta pengantin  terutamanya kereta Proton Perdana.Sekarang dah keluar pula Inspira( dah lama keluar tapi saya ajer yang tak up to date untuk dijadikan subjek entri-huhu-).Cantik semacam Lancer..Nak buat kereta kahwin jugakkah???hehe..
pilihan warna inspira=)    





Andai punya kemampuan maka belilah kereta Inspira.(promoter tak langsung) tapi jika tidak berkemampuan ,mampu-mampukanlah diri untuk memilikinya,,haha..gurau sahaja(^_^)
Bagi yang tidak punya kewangan yang tinggi apalah kurangnya jika membeli saga BLM ataupun saga FL.Pada pandangan saya ,kedua-dua kereta ini mempunyai design yang sangat menarik .Boleh dikatakan setanding dengan design syarikat-syarikat luar negara.Jom usha design kereta-kereta tersebut.
Saga FL  

Saga BLM
Menarik kan??Sememangnya kita punya kretiviti yang tinggi dalam membentuk design2 kereta untuk pasaran komersial.Jangan jadi individu yang hanya tahu memburukkan individu lain tetapi jadilah indivudu yang memberi motivasi dan semangat kepada produk dan barangan buatan Malaysia.Jika tidak mahu memiliki produk Malaysia, tidak perlu memandang rendah kepada produk tempatan tetapi berilah pengiktirafan sewajarnya.Andai kita tidak menyokong produk tempatan maka siapa lagi??Jadi ,sama-samalah kita fikir-fikirkan...(^_<)
 

Wednesday, February 2, 2011

maklumat entri SiLAp

ralat            : maklumat yang dinyatakan dalam entri sebelum ini silap . dalam tajuk Moga selamat pulang ..

pembetulan : Pelajar Malaysia yang berada di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah(sebelum ini saya nyatakan akan dibawa pulang ke Malaysia) .Menurut Panglima ATM , usaha pemindahan akan mengambil masa selamat 5 hari .

**Kesilapan maklumat dalam pengolahan ulasan amat dikesali(T_T)

moGa selAmaT puLang

Pengumuman bahawa rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan dibawa pulang ke Tanah Air tercinta merupakan langkah terbaik dan bijak yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menjamin keselamatan pelajar-pelajar Malaysia daripada menjadi mangsa keadaan di negara bergolak tersebut. Angkatan tentera malaysia , MAS , dan AirAsia merupakan pihak yang bakal dan akan terlibat dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari tanah Mesir. Setakat yang dimaklumkan ,pihak TUDM telah berlepas dari Malaysia dan akan tiba dengan kadar yang segera.Moga keselamatan semua pihak yang terlibat dalam usaha ini dipelihara .Sekalung tahniah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin kepada rakyatnya.(^_^)

Tuesday, February 1, 2011

Isu Mesir , Isu Kita !!


‘Revolusi Jasmin’ yang menyaksikan berjayanya rakyat menjatuhkan kerajaan Tunisia yang dipimpin  Presiden Zine El Abinine Ben Ali memperlihatkan kebangkitan umat Islam di Mesir terutama di Kaherah yang diterajui oleh para belia. Tujuan rusuhan dan demonstrasi yang diadakan adalah untuk menjatuhkan Presiden Mesir iaitu Hosni Mubarak agar beliau meletak jawatan.  Tindakan susulan yang diambil oleh Hosni Mubarak melantik Ketua Perisikan Mesir , Omar Suleiman sebagai Naib Presiden Mesir dilihat sebagai tindakan yang telah terlambat dalam mendapatkan kepercayaan rakyat Mesir. Hal ini kerana , rakyat Mesir sudah lama menghadapi kesusahan hidup seperti kekejaman polis, undang-undang , darurat , pengangguran , inflasi tinggi , ketiadaan kebebasan bersuara , rasuah yang berleluasa dan juga gaji pekerja yang rendah.

Sehingga saat ini , tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlangsung telah mengorbankan lebih 100 nyawa. Tiada tanda bahawa tunjuk perasaan ini akan reda walaupun pihak polis dan tentera telah diarah untuk mengawal tunjuk perasaan di kawasan yang terlibat. Mangsa keadaan ialah pelajar Malaysia dan orang awam .
Berani pemuda dan belia era ini.Tegakkan kebenaran walaupun menempuh jalan sukar.Pemerintah yang zalim perlu digulingkan agar tiada lagi penderitaan .Doa muslimin diharap agar keadilan kembali menyinar…

p/s : kali pertama nak ulas isu-isu dunia , tapi tak pandai.nak belajar walaupun terpaksa bertatih.(T_T)